Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Cabaran Mudah Tapi Kesan Bina Ototnya Besar!

Ada hari anda tak ada idea nak workout apa, ataupun anda nak “beradu” kekuatan dengan gym partner anda, cuma tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda cuba buat cabaran ini sama-sama? Bukan sahaja anda mencabar kekuatan, anda akan bina otot dan juga bina ketahanan mental.

Cabarannya terlalu mudah, anda kena ada dumbbell 40kg dahulu. Boleh gunakan yang ringan, tetapi cabarannya adalah 40kg. Nak buat apa dengan dumbbell ini? Macan Admin kata, mudah sahaja. Admin nak anda angkat dumbbell tersebut, dan bawa jalan dalam gym. Berapa lama? Jalan selama 5 minit dan lihat berapa jauh anda boleh pergi. Anda boleh letak-letak, tetapi penghujungnya anda nak tengok berapa jauh anda dapat bawa dumbbell tersebut.

Kalau boleh, buat di kawasan lapang sedikit dan tempat anda boleh berulang-ulang pusing. Jangan lupa kira jarak ataupun pusingan. Kalau anda buat berdua, lihat siapa paling jauh atau banyak pusingan. Bersedia untuk rasa kepanasan satu badan tanpa belas kasihan!

Apabila dah selesai dengan cabaran ini, habiskan workout anda dengan membawa dumbbell tersebut semula ke tempat asal. Jangan biarkan bersepah! Dah pandai guna, kena pandai simpan.

Senaman membawa dumbbell yang berat begini dipanggil senaman farmer’s walk. Ia melatih otot forearm, shoulder, trapezius, abs, lowerback, dan kaki. Nampak remeh, tapi apabila anda dah amalkan selalu, anda akan dapati kekuatan badan anda meningkat secara drastik. Paling penting, abs anda akan jadi lebih padat.

Bagi mereka yang tak mampu nak angkat 40kg, anda boleh cuba dari yang ringan. Tak ada masalah pun cuba yang ringan, tetapi nanti pastikan anda tambah berat. Jangan gunakan sebarang alat bantuan seperti wrist strap ataupun wrist hook. Kalau anda nak gunakan wrist wrap, knee sleeves, dan tali pinggang itu tidak mengapa.

Entri: Aiman Radzi