Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Cara Untuk Buat Mass Anda Sendiri Yang Berkualiti Tinggi

Mass adalah versi whey yang tinggi kalori. Tak ramai yang mahu membeli mass atas beberapa faktor, seperti kekangan wang ataupun ketelitian pada nilai kalori yang ada dalam mass. Anda sebenarnya boleh buat mass anda sendiri dengan begitu mudah sekali! Macam mana? Jom, Admin kongsikan resepi mudah dengan anda.

 

Gunakan Hydro Whey Untuk Kepuasan Maksimum

Hydro Whey adalah salah satunya produk bina badan tempatan yang menjanjikan status Halal yang terjamin. Lantas, anda tak perlu ada rasa ragu-ragu dengan produk Mesotropin, dan anda juga tidak perlu risau lagi untuk membina badan. Rasanya yang lazat turut membuatkan anda mahu menggunakannya lagi!

 

Jika anda tidak dapat menggunakan serbuk protein, tiada masalah juga kerana anda masih boleh gunakan produk tenusu lain. Anda boleh beli serbuk susu berperisa coklat atau vanilla untuk menjadikan mass homemade anda lebih sedap. Cumanya, takkan dapat kalahkan rasa menggunakan Hydro Whey, dan kualiti protein juga tidak dapat ditandingi.

 

Bahan yang anda perlukan:

  1. 1 scoop whey protein
  2. 1/4 shaker susu full cream
  3. 1 sudu mentega kacang
  4. 10 biji kacang badam
  5. 1 keping biskut (oreo atau chipsmore)
  6. 1 buah pisang

 

Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam mesin blender dan tekan sahaja butang kisar. Biarkan bahan-bahan tersebut lumat dan anda sudah bersedia untuk minum! Untuk tinggikan lagi kalori yang bermutu, tambahkan 1/4 atau setengah botol shaker oatmeal. Anda boleh experiment, samada mahu kisar oatmeal dahulu atau biarkan ia secara kasar dengan mencampurkan kesemua sekali jalan.

 

Anda boleh dapat hampir 600-800kcal bergantung pada sukatan yang anda gunakan, bahan yang anda campurkan, dengan sekurang-kurangnya 50-60g protein dalam homemade mass anda ini! Lebih penting lagi, anda boleh ubah suai untuk dapatkan kepuasan diri!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Tag: