Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Cukup Berjogging Setiap Hari Selama 30 Minit Untuk Kuruskan Badan?

Musim tahun baru sudah hampir tiba. Ada yang meletakkan misi untuk jadi kurus pada tahun 2019 telah pun tercapai, ada yang tersimpang jauh. Anda dalam golongan yang mana?

 

Berjogging sudah menjadi option utama rakyat seluruh dunia apabila mereka memasang niat untuk kurus. Tak pelik sebab berjogging adalah option yang paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ada yang kata kalau nak bina stamina kena berjogging. Apakah kalau buat aktiviti lain tak naikkan stamina?

 

Tetapi, itu bukan persoalan dia. Sekarang, ada yang bertanya kepada saya, berapa lama kita kena berjogging untuk membakar lemak? Sebelum kita menjawab, anda kena tahu 2 jenis latihan yang berbeza iaitu latihan aerobik dan latihan anarobik. Seperti latihan berjogging, ia tergolong dalam kategori lathan aerobik. Senaman anarobik ialah senaman yang dilakukan pada intensiti tinggi dalam durasi pendek seperti pergerakan dengan bebanan.

 

Latihan aerobik menggunakan oksigen untuk penjanaan tenaga dan ia melibatkan pengerjaan otot untuk durasi lama, melebihi 2 minit boleh dikira aerobik. Untuk mula membakar lemak, anda kena berjogging sekurang-kurangnya 45 minit kerana sebelum itu, badan anda menggunakan sumber lain sebagai bahan bakar. Itu pun dalam 45 minit berjogging, anda tak gunakan lemak sepenuhnya kerana kandungan karbohidrat dan sumber tenaga lain masih ada. Ia boleh mencecah sehingga 2 jam berjogging untuk betul-betul bakar lemak.

 

Sejajar dengan itu, bukan semua orang mampu untuk berjogging 2 jam setiap hari. Mungkin ada yang hanya boleh jogging 20 minit sahaja, dan anda tak akan bakar lemak sangat dalam 20 minit tersebut. Tetapi, jika dilakukan dengan kerap, seperti 3-4 kali seminggu, tetap boleh mendatangkan hasil.

 

Apakah option lain yang bagus untuk anda gunakan? Semestinya, latihan bina otot menggunakan latihan rintangan. Tak semestinya main gym, malah calisthenics juga berkesan untuk membakar lemak. Senaman-senaman bodyweight juga bagus, tetapi ramai malas melakukannya. Saya paham kerana saya juga salah seorang daripada itu. Lebih mudah untuk deadlift 200kg daripada burpees 20 rep. Pilihan di tangan anda. Yang paling penting adalah konsisten berlatih dan jaga pemakanan harian.