Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Dah Susah Nak Kurus? Gunakan Teknik Ini!

Biasalah, apabila seseorang itu baru mulakan diet, memang cepat sahaja berat badan turun. Kemudian, akan tiba satu masa berat macam tak mahu turun dah. Buatlah macam mana, hatta makan macam tak makan, sikit sangat tapi masih tak turun. Dalam hal ini, apa yang anda boleh lakukan?

 

Pertamanya, anda kena check semula apa yang anda makan. Kaji samada betulkah anda memakan ikut keperluan kalori harian anda. Itu adalah pendekatan yang paling awal, kerana badan tak akan kurus selagi anda tak jaga makan. Workoutlah banyak mana, kalau makan tak terurus, memang tak akan berjaya.

 

Kalau anda sudah yakin dengan pemakanan anda (maksudnya pemakanan anda ikut jadual), apa kata anda cuba intermittent fasting pula untuk membakar lemak!

 

Mudah sahaja, ia sama macam puasa. Malah, anda boleh berpuasa macam biasa. Tetapi, mungkin ada yang tak mampu puasa tiap hari (faktor kerja berat contohnya). Jadi, intermittent fasting adalah sejenis puasa, tapi ia adalah puasa malam. Kalau puasa di bulan Ramadhan, kita puasa siang.

 

Cuba berhenti makan selepas jam 8 malam, dan mula makan semula jam 12 tengahari esok. Dalam tempoh 12 tengahari hingga 8 malam, anda kena makan secukupnya mengikut nilai kalori keperluan anda.

 

Ada macam-macam cara untuk intermitten fasting. Ada yang makan selama 8 jam, ada yang 6 jam, ada yang 4 jam. Macam yang Admin cadangkan, itu 8 jam eating window (masa makan). Jadi, dalam masa tersebut, anda kena kuatkan semangat untuk makan banyak sikit bagi cukup kalori. Di luar waktu makan, anda boleh minum air kosong.

 

Beza puasa biasa pada siang hari dengan yang ini pada waktu malam ialah daya tahan. Puasa malam, anda tidur sahaja dan esok pagi tunggu tengahari baru makan. Ruginya, anda tak dapat pahala ibadah puasa lah. Tapi, tak ada masalah untuk lakukan cara ini. Ia akan bantu untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak kerana ia mempengaruhi hormon HGH dan insulin anda.

 

Apa kata anda cuba puasa malam? Berhenti makan jam 8, dan mula makan pukul 12 tengahari esoknya. Yang paling penting adalah anda cukupkan kalori harian anda.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)