Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Dapatkan Sixpack Yang Kuat Dengan Senaman-Senaman Ini

 

Bahagian core adalah bahagian yang sangat penting untuk memastikan anda kekal sihat dan kuat untuk workout di gym. Salah satu bahagian core adalah bahagian abs, dan ramai ingat cukup buat sit-up untuk kuatkan core. Buat senaman abs sahaja bukan cara terpantas untuk membina kekuatan core. Admin kongsikan beberapa senaman terbaik untuk core anda!

1- Renegade Row

Antara senaman yang gempak untuk latih otot core anda. Dia adalah variasi daripada senaman plank, dengan tambahan anda buat rowing menggunakan dumbbell. Sewaktu buat senaman ini, pastikan badan anda sentiasa lurus.

2- Landmine Press

Letakkan barbell di hujung penjuru dinding dan ada ada satu senjata yang mantap untuk membina otot back, shoulder, dan core! Kalau anda belum cuba landmine press, Admin cadangkan anda buat hari ini di hujung latihan.

3- Pallof Press

Senaman ini memang jarang dibuat di gym, dan kelihatan agak aneh. Tetapi, apa kisah kepada pandangan orang lain kalau senmaan anda buat memang berkesan dan bagus?

4- Deadlift

Tak lengkap rutin senaman anda kalau anda tak masukkan deadlift. Lagi-lagi kalau anda kata nak jadi kuat, mana boleh tak buat deadlift? Rugilah kalaua anda tinggalkan deadlift kalau nak bina badan.

5- Squat

Seiring dengan deadlift, banyak kerugian anda alami kalau tak buat squat. Lagi sedih juga kalau anda buat leg press sahaja tapi tak buat squat, ataupun buat squat dan deadlift tapi hanya guna mesin sebab tak berani freeweights!

Tag: