Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Debaran Mr.Mesotropin Kian Terasa Bahangnya Di Bumi Jakarta

Pada tahun ini, pihak Mesotropin dijemput sekali lagi untuk menganjurkan Mr. Mesotropin 2017 di venue yang sama dan tarikh yang sama. Dijangka seramai 600 orang akan menyertai kejohanan yang mendatang ini.

Disamping itu juga, Kejohanan pada tahun ini akan menjadi lebih kompetetif dengan penyertaan atlit-atlit dari negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Malaysia. Diharap kehadiran mereka mahu mengamatkan lagi suasana di hari kejohanan nanti dan menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang menonton kejohanan ini.

Debaran kian makin terasa kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi kejohanan gilang gemilang ini bakal berlangsung, hadiahnya pula semakin kian memuncak dengan mempertaruhkan RM10,000 sebagai hadiah pada kejohanan kali ini.

Pada 5 March 2016 yang lalu telah berlangsung program Mr Mesotropin 2016 di Mangga Dua, Jakarta Utara, Indonesia. Pelbagai kategori telah dipertandingkan dan mendapat sambutan yang amat menarik daripada peserta-peserta tempatan.

Hasil daripada kejohanan sebelum ini sudah diketahui bahawa ramai atlet-atlet bina badan professional sedang mempersiapkan diri dan tidak sabar lagi untuk beraksi pada hari Ahad ini iaitu 5 March 2017 di venue yang sama bagi merebut hadiah yang amat lumayan itu.

Ia juga selari dengan penganjuran Mr Mesotropin 2016, iaitu melahirkan atlet berkualiti tinggi dan mampu memberi saingan bukan sekadar di peringat kebangsaan malah turut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Tujuan Mesotropin membuat kejohanan di negara luar negara adalah untuk mempromosikan produk keluaran Mesotropin kepada para peserta tempatan agar menjadi salah satu suppliment utama di negara itu suatu hari nanti.

Objektif boleh dianggap tercapai dengan berlangsungnya penganjuran kejohanan bina badan di Jakarta kerana kedudukan jenama Mesotropin semakin kukuh di negara seberang itu dan permintaan pula semakin meningkat dari hari ke hari.