Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Dengar Cakap Badan. Amalkan Latihan Cara Biofeedback

Bodybuilder mempunyai banyak cara untuk melakukan latihan mereka, dan ada kala mereka tak mempunyai sebarang plan yang lengkap apabila mereka masuk ke gym. Berbeza dengan powerlifter yang kebanyakan masa mempunyai plan dan program latihan lengkap, seperti berapa rep kena buat, berapa berat, berapa set, dan lain-lain.

Sifat spontan merupakan salah satu komponen untuk jadi bodybuilder yang baik. Mereka memang ada plan dalam kepala mereka sebelum masuk ke gym, tetapi mereka tinggalkan sedikit ruang untuk spontan. Maksudnya, mereka tambah atau kurangkan sendiri senaman mengikut kondisi badan mereka ketika itu. Ini dipanggil memberi respon berdasarkan biofeedback.

Bodybuilder tidak menghentam badan mereka sampai lunyai setiap kali masuk ke gym. Kalau mereka rasa badan sakit dan tak berapa kena, mereka masih berlatih tetapi diubahsuai untuk menangani masalah sakit tersebut. Dalam masa yang sama, mereka masih mengerjakan otot secara terperinci.

Macam ini, powerlifter walaupun badan rasa tak sedap seperti lower back sakit, mereka masih kuatkan diri untuk deadlift. Kalau bodybuilder, mungkin mereka akan tinggalkan deadlift konvensional dan fokus buat senaman seperti rack pull, hyperextensions, dan cable row. Otot lower back masih dikerjakan dengan efisyen tetapi mereka kurangkan tekanan pada stress badan.

Anda kena faham, mereka yang dapat pergi ke gym dan berlatih secara konsisten adalah lebih baik daripada ke gym sekali dua dan mengalami kecederaan, lalu terpaksa cuti. Apabila dah baik, datang ke gym, injured lagi, cuti lagi. Anda perlu fikir untuk jangka masa panjang.

Jangan terlalu obses untuk mengangkan bebanan berat secara maksimum. Susun perjalanan anda dengan bijak supaya anda kekal lama dalam sukan ini.

Entri: Aiman Radzi