Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Diet Tanpa Gula? Berapa Ramai Yang Mampu

Mesotropin banyak berjumpa klien-klien yang dalam proses berdiet, yang nak mula diet, atau yang sudah mendapat hasil. Rata-rata memang pelbagai cara dan stail mereka diet. Dunia diet dan fitness ini sangat luas kerana ia adalah seni. Tidak semua sama hasil. Ini kerana lain orang lain bentuk badan, lain jenis metabolisma, lain tahap keaktifannya.

Apa yang kami dapati kebanyakan diet-diet yang 99.99% berjaya adalah mereka berani mengamalkan diet dengan “zero sugar”. Banyak lagi sebenarnya cara berdiet. Antaranya intermittent fasting, diet tanpa minyak, diet atkins, no carbs diet dan banyak jenis lagi. Namun apa yang Mesotropin ingin highlightkan di sini adalah diet tanpa gula ini.

Ini kerana diet ini adalah diet yang Tidak begitu mudah dan tidak pula begitu susah. Terdapat dua pilihan sebenarnya iaitu Cut sugar 100% atau Limitkan gula hanya sekali sahaja.

Dua-dua ini membantu, cuma bezanya tiada gula langsung lebih cepat manakala melimitkan gula ini hasilnya kurang sedikit dan sedikit risiko, namun keduanya dikategorikan sebagai langkah diet yang terbaik.

Mengapa dibahagikan dua keadaan ini adalah kerana tidak semua mampu mulakan diet dengan berhenti langsung kadar pengambilan gula. Jadi untuk golongan yang baru berjinak dengan dunia Diet, melimitkan pengambilan gula adalah langkah terbaik.

Cukup dengan sehari sekali pengambilan gula itupun bukan dari sumber makanan ringan seperti coklat dan gula, sebaliknya memadai seperti meletakkan gula di dalam kopi atau teh.

Namun jika dilihat risiko melalui cara ini adalah dikhuatiri anda menjadi ketagih walau dengan sekali pengambilan. Ini kerana gula bersifat ketagihan. Jika anda tidak mengawalnya anda akan menikmati kenikmatannya.

Sebagai pengganti jika anda inginkan sesuatu yang manis, anda boleh ambil gula dari buah-buahan atau dari stevia.

Jika ditanya tempoh berapa lama yang diperlukan untuk berdiet tanpa gula ini sebenarnya bergantung pada matlamat anda. Namun jika anda baru nak mula, tempoh yang paling ideal adalah dua minggu hingga sebulan.

Entri: Fakhrul Islam