Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Diet Untuk Kurus Tapi Masih Makan Sedap

Kenapa kalau kata diet sahaja, orang dah mula takut. Risau tak dapat makan makanan kegemaran mereka lagi. Paling menyedihkan, ada yang fikir kalau nak kurus kena diet iaitu tak boleh makan. Jadinya, mereka berlaparlah untuk jadi lebih kurus.

 

Apabila mereka mengikut konsep yang salah sebegini, yang akan berlaku adalah rebound yang dahsyat jika mereka tiba-tiba terlari daripada rutin diet mereka. Saat tak makan dan berlapar memang akan kurus (dan lemah), tetapi apabila terlajak makan sedikit badan akan naik semula dan mungkin naik lebih teruk daripada sebelum ini.

 

Sebab itulah kalau nak lakukan sesuatu mesti kena ada ilmu dan bimbingan. Diet bukan bermaksud anda tak boleh makan, kena berlapar. Diet pula tidak menghalang anda daripada memakan makanan kegemaran anda. Percaya atau tidak, bodybuilder yang sedang diet memakan lebih banyak daripada kita yang tidak berdiet. Kenapa?

 

Diet bermaksud pemakanan dan hari-hari sebenarnya kita berdiet. Terma menjaga diet bermaksud menjaga pemakanan. Apa kita makan hari-hari? Adakah kita banyak makan makanan bergoreng, atau makanan dibakar, direbus? Minuman pula, asyik-asyik minum air manis atau air kosong?

 

Di sini, menjaga diet bermaksud memastikan anda memakan mengikut keperluan badan dan bukan memakan mengikut nafsu. Keperluan badan kita adalah berbeza mengikut tahap aktiviti harian kita. Ada yang hanya kerja di dalam ofis, ada pula kerja fizikal berat setiap hari. Ia berbeza antara individu, bukan pukul rata.

 

Cara terbaik untuk kurus semestinya dengan menjaga makan dahulu, bukannya dengan bersenam. Kalau anda bersenam setiap hari tetapi nafsu makan masih tidak dikawal, anda hanya akan membuang masa, tenaga, dan karan. Adalah lebih baik anda fokus kepada diet dahulu kemudian baru fokus senaman.

 

Bukanlah maksud saya anda tak boleh bersenam. Anda memang kena bersenam untuk cepatkan lagi pembakaran lemak dan menjadikan anda lebih kurus. Tetapi, prioriti anda terletak pada pemakanan. Apabila anda sudah disiplin pada rutin diet, disiplinkan diri pula pada rutin senaman.

Image result for junk food"

Dalam hal nak menjadi lebih kurus, anda kena fokus kepada kuantiti makanan. Apa-apa pun mesti berbalik pada kuantiti. Kualiti memang penting, tapi kuantiti akan berada pada tahap teratas jika kita nak mengawal berat badan kita. Di sini kita boleh selitkan makanan kegemaran kita.

 

Anda boleh nak makan apa sahaja yang anda suka meskipun sedang berdiet, tetapi yang kena jaga ialah berapa banyak anda makan. Jangan pula habiskan sekotak pizza kemudian berharap badan boleh kurus dengan mudah. Nak makan sekeping boleh dimaafkan lagi (ini termasuk pula dalam hal mengira kalori).

 

Tak semua orang pandai nak kira kalori, itu saya akui. Malah, ia menjadi satu kerja lagi nak mengira kalori setiap kali kita makan. Jadi, apa yang anda perlukan ialah skill untuk mengganggar kalori yang anda makan. Untuk mencapai skill ini, anda memang kena mulakan dengan mengira kalori dahulu untuk beberapa bulan pertama. Apabila dah pandai, semuanya akan jadi lebih mudah.

 

Ingat, diet bukan bermaksud tak boleh makan dan bukannya menjadi penghalang anda untuk memakan makanan kegemaran anda. Cuma, anda kena pandai kawal kuantiti makanan yang anda makan setiap hari, barulah boleh jadi lebih kurus!