Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

‘Dulu Saya Boleh Angkat Berat-Berat, Tapi Sekarang Tak Boleh’

Image result for retired bodybuilder

Jika 10 tahun dahulu anda adalah pelari pecut yang mempunyai rekod larian terpantas 11.00 saat, adakah anda masih mampu untuk melakukan rekod tersebut sekali lagi pada hari ini? Semestinya mustahil! Melainkan jika anda melakukan dan menjalani latihan yang konsisten. Contoh di atas menunjukkan prinsip kebolehbalikan yang memberikan kesan dalam aktiviti fizikal.

Kebolehbalikan dalam latihan fizikal bermaksud seseorang akan kehilangan kesan latihan apabila mereka berhenti untuk melakukan latihan. Sebagai contoh, anda melakukan latihan bebanan di gim dengan kekerapan sebanyak 4-5 kali seminggu. Satu hari, anda tidak dapat menjalani latihan akibat kecederaan dan anda tidak pergi ke gim selama 2 bulan. Namun, selepas anda pulih daripada kecederaan selama 2 bulan, anda boleh merasakan penurunan terhadap kekuatan mahupun saiz otot anda.

Jangan risau! Tubuh badan anda akan sentiasa bersedia unuk mengalami adaptasi apabila anda menjalani semula latihan. Dengan menggunakan prinsip kebolehbalikan dalam latihan, anda boleh mengembalikan kekuatan dan bentuk tubuh badan seperti  dahulu. Pendek kata, kalau buat balik dapatlah hasilnya dan kalau tak buat , tak dapat!

Tips bagi ‘beginner’ atau individu yang sudah lama tidak melakukan latihan bebanan untuk memulakan semula latihan bebanan  :

  • Memulakan latihan secara ansur maju iaitu daripada ringan ke berat mengikut kemampuan
  • Elakkan mengangkat bebanan walaupun tidak mampu (Ego Lifting)
  • Mengekalkan pemakanan seimbang dan mengikut keperluan nutrisi
  • Menjalani latihan secara konsisten!
  • Melakukan senaman yang merangkumi seluruh bahagian otot pada tubuh badan (Full Body)

Jangan lupa untuk menggunakan Hydro Whey daripada Mesotropin untuk mempercepatkan proses pemulihan otot!

 

Entri: Zaim Ariffin (@uncle_kerek)

Sumber:

Powers, S.K., & Howley, E.T. (2009). Exercise physiology: Theory and application to fitness and performance (8th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.