Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Farmer’s Carry: Senaman Penting Untuk Anda

Kenapa orang zaman dahulu kuat-kuat belaka? mereka banyak membuat kerja berat dan juga pemakanan mereka tidaklah seperti zaman sekarang.

Kini, pemakanan kita banyaknya makanan yang bukan-bukan. Seharian kita penuhkan perut kita dengan makanan yang diproses, yang ada pelbagai jenis bahan kimia, dan lain-lain lagi. Tak hairanlah kenapa ramai orang masuk ini mudah jatuh sakit.

Pekerjaan pula berbeza dengan zaman dahulu. Melainkan anda bekerja di luar dan melakukan aktiviti fizikal yang banyak dan berat, pasti kerja anda banyak duduk di dalam pejabat sahaja. Lagi menarik, ramai juga orang masa kini bekerja dari rumah. Ada yang tidak perlu bangun dari katil pun.

Ini yang menyebabkan ramai daripada kita menjadi lemah. Fizikal yang lemah mudah untuk jatuh sakit dan juga mendapat kecederaan. Oleh itu, satu senaman ini boleh menjadi diagnosis dan juga ubat kepada masalah tersebut.

Senaman farmer’s carry ialah senaman yang menguji kekuatan bahu, tangan, perut, pinggang, kaki, lutut, pergelangan kaki, dan pernafasan anda. Sebab tu saya kata senaman ini boleh menjadi satu diagnosis. Kalau anda tak mampu lakukannya dengan baik, maksudnya anda ada masalah sedikit.

Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan dumbell yang berat ataupun menggunakan trap bar. Angkat dan berjalan, mudah sahaja. Cakap memang mudah, tapi ramai tak mampu berjalan dengan beban yang berat. Mereka tidak memiliki kestabilan dan kekuatan otot teras.

Anda sepatutnya mampu untuk mengangkat dua kali ganda berat badan anda tentang berjalan sekurang-kurangnya 20 saat dengan bebanan tersebut. Jika anda belum mampu lakukannya, maka berlatih dahulu dengan menggunakan bebanan yang lebih ringan dan tambah sedikit demi sedikit.

Satu lagi kelebihan senaman ini, apabila anda sudah amalkannya anda akan dapat lihat yang otot trapezius anda kembang dengan cepat. Macam gunung nanti jadi! Cuma, anda kena kerap lakukannya. Angkat dan jalan, itu sahaja anda kena buat.

Entri: Aiman Radzi