Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Fokus Bakar Lemak Bukan Pada Nak Turunkan Berat!

Macam mana nak kurus kalau tak boleh turunkan berat badan? Pelik sungguh kenyataan Admin, sampai ada yang kecam kata kenapa entri-entri dekat Mesotropin semuanya aneh-aneh. Manakan tidak, baca tajuknya sahaja dan terus kecam tetapi isinya pula tak baca.

 

Jadi, kenapa Admin kata jangan turunkan berat badan kalau anda nak kurus? Sebenarnya, ada beza jadi kurus melalui turun berat badan dan kurus melalui pembakaran lemak. Anda boleh jadi kurus tanpa turunkan berat badan, tetapi anda tidak semestinya boleh jadi kurus dan rendah lemak dengan menurunkan berat badan.

 

Lemak Dan Otot

Kedua-dua benda ini adalah benda yang berbeza. Pasang dalam minda anda juga, lemak tidak boleh bertukar jadi otot. Siapa yang kata sebegitu tidak faham dengan fisiologi badan. Lagi, saiz lemak adalah lebih besar berbanding otot walaupun mempunyai berat yang sama.

Jadi, kalau anda fokus pada penurunan berat badan untuk jadi kurus, anda mungkin akan lalui penurunan berat lemak, otot, air, dan lain-lain. Sebaliknya, fokus pada pembakaran lemak melalui latihan bebanan dan penjagaan makan yang betul. Mungkin juga, apabila anda bakar lemak, anda juga akan bina otot dan ini menyebabkan berat anda tak berkurang (tetapi badan anda nampak lebih kurus sebab lemak anda berkurang).

 

Untuk membakar lemak, anda kena ambil masa sedikit dan jangan tergopoh-gopoh untuk menjadi kurus. Anda mahu minimumkan pembakaran otot dan jangan terlalu gembira juga pada awal-awal fasa cutting sebabnya berat yang banyak hilang itu biasanya berat air. Proses cutting anda yang sebenar bermula seminggu dua selepas permulaan.

 

Bina otot dan bakar lemak melalui konsep ini:

  1. Angkat berat dan latih untuk jadi semakin kuat.
  2. Kurangkan rest untuk tingkatkan tekanan metabolisme.
  3. Amalkan latihan HIIT.
  4. Kurangkan karbohidrat dan tinggikan protein.
  5. Senaman kompaun diutamakan.