Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Geng-Geng Perut Kuat Meragam Baca ni

Anda pasti geram dan bengang bila perut kuat meragam, sikit-sikit sakit, atau nak buang air pon susah, ada yang lebih teruk najis berdarah dan sebagainya. Kali ni Mesotropin tidak menyentuh tentang senaman tetapi tentang Diet khas bagi perut yang sensitif. Ini kerana ia ada kaitan dengan artikel sebelum ini. Jika artikel sebelum ini kita menyentuh tentang makanan-makanan yang bagus untuk diambil untuk penghadaman, kali ni kita sentuh tentang makanan yang patut elak khususnya bagi orang yang mempunyai perut yang sensitif.

Makanan serat tinggi seperti kita tahu mengambil masa lama untuk dihadam. Selain serat, kaedah memasak tertentu, seperti menggoreng, juga boleh mengganggu perut anda. Begitu juga dengan kafein yang boleh menyebabkan masalah juga. Berikut adalah beberapa makanan untuk dielakkan kerana mereka mungkin tidak mudah dicerna.

1. Buah

Buah-buahan yang paling segar mengandungi sejumlah besar serat, terutama jika mereka mempunyai kulit atau biji. Contoh buah-buahan yang lebih mudah dicerna termasuk pisang dan avokado. Buah untuk dielakkan termasuk:

-buah-buahan kering
-koktel buah dalam tin
-Nenas
-kelapa
-beri beku atau dicairkan

Jauhi jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi pulpa. Tomato boleh menyebabkan masalah khusus untuk orang yang mempunyai GERD.

 

2. Sayur-sayuran

Sayuran mentah harus dielakkan kerana ia mengandungi lebih banyak serat daripada dimasak atau diminum. Antara yang patut dielak:

-jagung
-cendawan
-tomato rebus
-kulit kentang
-kacang kering
-kacang pois
3.Produk daging dan protein

Mana-mana daging mungkin sukar dicerna. Ini termasuk:

-daging seperti hotdog dan sosej.
-daging dengan rempah
-kerang

Kacang, mentega kacang, dan kacang-kacangan keseluruhan adalah sumber protein lain yang mungkin memberi anda masalah kepada sistem pencernaan anda.

 

4. Makanan-makanan lain

Makanan lain yang anda harus elakkan termasuk:

-jem dan jeli yang mengandungi benih, popcorn, dan rempah-rempah
-minuman berkarbonat (seperti soda)
-minuman berkafein (seperti kopi)
-alkohol
-makanan pedas atau goreng (mungkin memberi pedih ulu hati atau pencernaan)

Benda-benda yang dikongsikan di atas tidak dinafikan kesihatannya, khususnya sayur sayur dan buah buahan yang khaistanya begitu tinggi. Namun perlu diiingat tidak semua orang mempunyai keadaan badan yang sama. Ada makan kacang banyak, jerawat akan timbul, tapi ada orang yang walaupun makan satu guni kacang pun tidak memberi kesan apa-apa.

Sama juga dengan perkongsian di atas, bagi orang yang perutnya sensitif seperti gastrik, GERD, loya-loya atau sembelt, boleh cuba kurangkan makanan-makan di atas.

Paling terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor atau pakar diet anda jika anda merancang membuat perubahan ketara pada diet anda.

Sumber info:

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15637-gastrointestinal-soft-diet-overview

http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2835/2

Entri: Fakhrul Islam