Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Geng Ladies Nak Pergi Gym Boleh Guna Supplement Atau Tidak?

Ada wanita yang minat untuk ke gym kerana ingin bentuk badan yang lebih menarik. Kalau bukan kerana bentuk badan pun, mereka pergi kerana ingin memiliki kualiti kesihatan yang baik. Kemudian, ada yang bertanya, bolehkah mereka menggunakan supplement bina badan seperti lelaki?

 

Sebelum menjawab, apakah maksud mereka dengan supplement fitness? Jika mereka maksudkan seperti whey, mass, bcaa, creatine, dan lain-lain, baru Admin dapat berikan jawapan. Jika mereka fikirkan supplement bina badan adalah seperti suntikan, pil bintang, itu bukannya supplement, itu steroid! Dan, Admin tak menggalakkan lelaki atau perempuan menggunakannya.

 

Jadi, untuk supplement fitness biasa, wanita memang boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah. Jangan risau kalau anda guna, sebab badan anda tak akan menjadi berketul seperti lelaki. Itu dah masuk hal profil hormon lelaki dan perempuan yang berbeza. Setakat menggunakan whey dan fat burner, ia tak akan bagi badan anda sesado lelaki, malah jadi lebih slim fit!

 

Whey selalu adalah pilihan utama lelaki dan perempuan. Kalau nak diikutkan, whey sepatutnya tidak dikira sebagai supplement, tetapi sebagai makanan. Sebagaimana anda beli susu serbuk di kedai, begitu juga keadaannya anda beli whey. Malah, whey itu sendiri terhasil daripada susu.

 

Walaupun begitu, supplement bukanlah satu benda ajaib yang anda makan-makan terus badan jadi. Paling penting, supplement bukanlah benda wajib untuk digunakan dalam fitness. Sebaliknya, yang penting untuk anda jaga ialah pemakanan dan latihan anda.

 

Jika anda risaukan tentang status pembikinan whey daripada jenama luar negara, semestinya anda boleh gunakan Hydro Whey daripada Mesotropin sendiri kerana produk kami dijamin Halal!

 

Kalau anda nakkan lebih banyak informasi bina badan, segalanya dapat ditemui di laman Mesotropin sekarang.