Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Hadam 5 Kunci Latihan Yang Efisyen Ini

Ramai di kalangan individu yang masih membazir masa melakukan perkara-perkara tidak penting dalam latihan bina badan. Artikel ini akan memberikan 5 kunci yang penting yang betul-betul akan berikan kualiti terbaik untuk workout anda.

1. High frequency muscle stimulation

Kerapnya latihan anda akan mempengaruhi pertumbuhan otot anda. Semakin kerap latihan anda ia akan trigger otot anda untuk terus membesar dan menambahkan penghasilan protein. Jadi dalam semiggu minimum kekerapan untuk anda lakukan senaman adalah 2-3 kali.

2. Kelajuan Rep

Jika anda mengangkat bebanan dengan laju dan kuat, anda akan mengumpulkan lebih otot fiber anda. Ini akan membuatkan otot anda akan kelihatan lebih besar dan kembang. Lihat sahaja semasa anda melakukan isolation dengan menggunakan berat yang ringan tetapi reps yang banyak, pasti otot anda terasa kembang lebih-lebih lagi pada latihan arm.

3. Disiplinkan tempoh rehat anda

Tempoh rehat di sini adalah tempoh rehat di antara senaman. Rehat yang lama hanya akan menyebabkan otot anda payah dan susah untuk berkerja semula. Minimumkan tempoh rehat anda adalah cara yang paling baik.

Bissanya untuk bahagian atad badan, anda hanya perlu rehat maksimum 1 minit sahaja. Manakala untuk bahagian bawah badan, tempoh rehat yang ideal adalah di bawah 2 minit.

4. Sentiasa ada progresif

Tidak dinafikan jika anda inginkan otot yang besar dan jitu, anda harus mengangkat bebanan berat. Janganlah sebulan di gym hanya menggunakan 10 kg sahaja. Setiap kali anda mula rasa mudah dengan sesuatu bebanan, tambahkan ke kilo yang seterusnya. Ini lebih membantu kepada pertumbuhan otot yang cepat.

5. Utamakan Senaman Kompaun

Dalam membina otot, senaman kompaun adalah pencetus kepada pertumbuhan dan kestabilan otot anda. Jadi anda tidak patut abaikannya. Senaman seperti squat, deadlift, bench press dan rowing adalah senaman-senaman yang tidak patut ditinggalkan. Senaman-senaman inilah yang akan memudahkan senaman-senaman lain anda.

Entri: Fakhrul Islam