Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Hari Exercise Makan Banyak, Rest Day Makan Sedikit? Betul Ke?

Cara anda mengendalikan hari-hari anda boleh memberi kesan kepada kemampuan anda untuk membina otot dan menjadi lebih kuat. Untuk seorang pembina badan yang berdedikasi, masalahnya bukanlah anda rest day hanya sehari. Masalahnya adalah bahawa anda tidak mengambil rest day yang cukup dan anda tidak mengagihkan masa dengan bijak dalam minggu latihan anda.

Bagi pemikiran kebanyakan ramai rest day adalah hari untuk berehat berbaring di rumah sepanjang hari selepas 4 hari senaman atau 5 hari senaman atau 6 kali senaman. Tetapi bagi pemikiran seorang bodybuilder, rest day adalah ‘growth day’ dan hari exercise biasa adalah ‘stimulate day’.

Konsep Pemakanan Yang Salah

Berkaitan dengan topik dan tajuk di atas, adakah benar semasa rest day anda perlu cut semua keperluan kalori dan kurangkan seminimum yang boleh penambilan carbs? Jawapannya YA untuk anda yang sedang dalam proses weight loss dan TIDAK untuk anda yang sedang dalam proses membina otot dan kekuatan. Sepatutnya, pada hari rest day anda patut melakukan sebaliknya iaitu penting untuk mengambil banyak karbohidrat dan protein yang berkualiti semasa hari rest day ini. Bayangkan pada waktu rest day sebagai satu-satunya hari dalam seminggu di mana tubuh kita dibenarkan membina otot. Jika itu berlaku, apa yang akan anda lakukan pada hari itu untuk memastikan bahawa anda mendapat setiap pertumbuhan otot yang mungkin? Sudah tentu tidak menurunkan pengambilan kalori atau karbohidrat anda!

Jangan Biarkan Rest Day anda dalam hari yang berturut

Dalam pemilihan hari yang sesuai untuk rest day, elakkan ia dipilih secara berturut seperti isnin dan selasa atau rabu dan khamis.  Hal ini kerana prestasi anda akan cenderung menjadi rata selepas dua hari rehat dan kualiti senaman akan sedikit terjejas. Jadi inilah pilihan terbaik untuk tiga hari Rest Day(Growth day) dan empat hari latihan dalam seminggu, tanpa dua hari berturut-turut:

  • Monday:  Training day 1
  • Tuesday:  Training day 2
  • Wednesday:  Growth day 1
  • Thursday:  Training day 3
  • Friday:  Growth day 2
  • Saturday:  Training day 4
  • Sunday:  Growth day 3

Entri: Fakhrul Islam