Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Ini 4 Jenis Squat Yang Berbeza Tetapi Hasilnya Buat Anda Terkejut

Berikut adalah beberapa variasi squat terbaik yang wujud. Di samping anda melakukan squat biasa, tambahkan salah satu dari variasi di bawah:

1.Zercher squat

Ia seakan seperti front squat namun ia lebih padu dan agak sukar. Letakkan barbell di pergelangan lengan anda dengan jari-jari yang menutup. Turunkan diri sehingga siku menyentuh bahagian atas paha. Memulakan pergerakan dengan menolak pinggul dan kemudian turun.  Pastikan kaki anda sedikit lebar separa dengan lebar bahu.

2.Wide Stance Box Squat

Ada sebab mengapa ianya menjadi antara squat yang terbaik. Pertamanya adalah kerana ia mengurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang anda kerana anda mengangkat dalam keadaan duduk. Anda akan berasa ringan sedikit dari biasa. Keduanya, ia memberi tekanan lebih pada pinggul dan harmstring anda. Dan ketiga ia mengurangkan tekanan pada lutut yang menjadi kerisauan setiap orang terhadap senaman squat.

3. Paused Squat

Squat jenis ini tidak membahayakan malah menyelamatkan bahagian spine anda. Selain itu, ia meningkatkan time under tension yang membantu pertumbuhan otot dengan lebih khusus.

4. 1 1/4 Front or Back Squat

Senaman ini tidak lain tetapi membantu anda menyesuaikan position dan form yang baik ketika squat. Lakukan senaman ini sebagai senaman penutup anda.

Kredit: T-Nation

Entri: Fakhrul Islam