Online Shop

Jangan Kunyah Makanan Laju Sangat

Mungkin waktu bulking, bolehlah makan banyak-banyak. Ada juga yang makan laju-laju waktu bulking untuk sumbat lagi banyak makanan. Mungkin dari segi adab, kurang enak dilihat. Tapi, itu yang ramai buat semasa bulking.

 

Cerita lain pula apabila masuk waktu cutting. Anda tak boleh makan banyak-banyak macam waktu bulking. Tak boleh makan laju-laju macam dulu. Sebab apa dan bagaimana makan laju-laju boleh mempengaruhi berat badan anda?

 

Begini, dalam badan kita ada satu hormon signal kelaparan dipanggil ghrelin. Kita berasa lapar sebab hormon ini tinggi dalam badan kita. Jadi, kita pun pergilah ke kedai dan ambil makanan banyak-banyak untuk hilangkan kelaparan. Selepas makan, signal kekenyangan akan dihantar ke otak.

 

Silapnya, anda ikut nafsu kelaparan untuk makan. Ya, sewaktu cutting memang cepat rasa lapar sikit. Cara untuk menangkis masalah ini adalah dengan memakan secara perlahan. Ambil masa untuk mengunyah dan jangan tergopoh-gapah. Apabila anda makan perlahan-lahan, anda beri masa kepada badan anda untuk berasa “kenyang” dengan membenarkan proses hormon kelaparan bertindak dengan hormon kekenyangan.

 

Pendek cerita, makan perlahan-lahan supaya badan anda dapat berasa kenyang. Makan cepat, otak tak sempat nak rasa kenyang, perut yang penuh dulu. Tak percaya? Cuba ambil masa makan 15-20 minit untuk sekali makan, dan kunyah perlahan-lahan. Banyakkan minum air kosong dan bukan air manis. Nak jaga nafsu makan lagi, minum air kosong segelas sebelum makan.

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)