Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jangan Kurangkan Makan Kalau Nak Kurus

Kalau anda baca tajuk sahaja mungkin akan rasa pelik atau tidak masuk akal. Ya lah, orang selalu kata yang kalau nak kurus mestilah kena kurangkan makan. Coach-coach pun semua kata benda yang sama. Kenapa Admin cakap lain?

 

Betul, coach-coach anda cakap benda yang betul tetapi pemahaman anda boleh jadi kurang tepat. Sebenarnya, anda kena kurangkan kalori seharian, bukannya kurang makan. Boleh sahaja anda makan banyak tetapi nilai kalori masih terkawal dalam defisit.

 

Nilai kalori adalah prioriti anda apabila kita nak memanipulasikan berat badan. Lebihkan kalori, berat anda naik. Kurangkan, maka turunlah berat badan. Daripada sini, kita sebenarnya boleh makan apa sahaja, tiada istilah makanan diet. Selagi mana kita menepati keperluan kalori, maka tiada sebarang masalah untuk menaikkan atau menurunkan berat badan.

 

Sebagai contoh, kalau anda perlukan 2000kcal sehari untuk kurus, anda boleh makan banyak, cuma anda kena tahu jumlah kalori dalam makanan anda. Ambil sepotong pizza sebagai contoh, dalam 400kcal. Kemudian, anda makan burger ayam, dalam 500kcal. Anda makan nasi berlauk, dalam 600kcal. Selepas itu, anda banyak makan lauk-lauk dan sayur-sayuran sahaja, dalam 500kcal. Kira semua, dah dapat 2000kcal, cukup-cukup dengan keperluan anda. Lihat bagaimana anda masih boleh makan pizza dan burger dalam diet anda.

 

Sebab itu, anda kena belajar cara untuk mengira dan mengukur keperluan serta pengambilan kalori harian anda. Apabila anda sudah kecapi skill ini, maka segalanya bakal menjadi mudah.

 

Semestinya, cara ini adalah asas bagi orang yang sekadar bina badan untuk diri sendiri. Jika anda seorang atlit yang sering masuk pertandingan bina badan, maka pendekatannya juga berbeza.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)