Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jangan Lakukan Ini Kalau Anda Risau Otot Jatuh

Admin pernah bincang dan terangkan berkaitab terma “otot jatuh”. Maksud Admin di sini ialah, jangan lakukan perkara ini kalau anda tidak mahu otot anda jadi semakin kecil. Apakah perkara Admin maksudkan? Ia ialah main ringan semasa fasa cutting.

 

Ya, tips orang selalu berikan yang main ringan semasa cutting dan berat semasa bulking sebenarnya tidak begitu tepat. Yang lebih baik ialah anda kekal main berat-sederhana berat tidak kira dalam bulking ataupun cutting. Kenapa begini? Ia adalah untuk memberikan rangsangan terbaik bagi mengekalkan jisim otot.

 

Admin pernah tengok orang cutting main ringan, memang boleh tak ada masalah tetapi janganlah begitu ringan sampai boleh buat 200-300 rep. “Ringan” yang ringan ialah sesuatu bebanan yang anda boleh buat 15-25 rep. Jadi, janganlah guna dumbbell pink yang bertebaran di sekitar semata-mata untuk “bentukkan” otot. Tahukah anda, anda tidak boleh membentukkan otot anda?

 

Cara terbaik untuk cutting adalah mengutamakan latihan berat sambil tidak meninggalkan senaman ringan untuk memberikan tekanan metabolik. Latihan berat akan beri stimulasi untuk pengekalan jisim otot dan ia dilakukan secara sikit rep tetapi banyak set. Kemudian, akhirkan latihan anda dengan senaman ringan untuk fokus pada otot.

 

Sayang sekali, ramai betul-betul main ringan semasa cutting. Hatta, riak wajah ada yang boleh bersembang dan ddan tersenyum semasa bersenam. Itu tidak mengapa, ada yang acah-acah berat samlai terjerit-jerit dan campak dumbbell sana dan sini, sedangkan dia guna yang 1.25kg sahaja. Orang kata “apa pun tak boleh”.

 

Selepas ini, anda kena pastikan latihan anda lebih berstrategik supaya anda tidak membuang masa lagi. Macam mana nak susun strategi bina badan? Dapatkan tips terbaik daripada Mesotropin!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)