Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jangan Perlekeh Orang Yang Tak “Clean Diet”

Apabila menyebut tentang diet pasti tergambar makanan seimbang, kurang kalori, bakar lemak dan banyak lagi . Itu bukanlah masalah yang utama, namun apa yang menjadi masalah apabila ada sesetengah individu bertelagah berkaitan diet.

Sesetengah berkata untuk menurunkan berat anda perlu jauhi lemak, makan buah, makan sayur, tinggalkan gula.
Namun ada sesetengah pula beranggapan diet hanya perlu mengurangkan jumlah kalori.

Persoalannya yang mana yang patut diikut? Adakah kualiti makanan perlu diambil kira atau sekadar kuantiti?

Ini jawapannya:

Perlu diingat bahawa lain orang lain matlamat dan cara. Tidak ada suatu masalah itu hanya ada satu jalan penyelasaian. Berkaitan dengan kualiti dan kuantiti diet sebenarnya dua-dua cara tidak menjadi masalah dalam menurunkan berat badan khususnya kerana matlamat akhirnya adalah sama. Tetapi mungkin pada caranya yang berlainan menyebabkan kekeliruan ramai orang.

1. Diet kualiti

Diet jenis ini dipanggil ‘clean diet’ di mana yang menjadi asas diet ini adalah banyakkan makanan segar dan kurangkan gula serta makanan proses.
Biasanya individu yang mementingkan kualiti diet mereka akan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti banyak. Di samping itu mereka akan meninggalkan segala makanan yang berminyak dan bergula serta makanan yang diproses seperti roti, makanan berpek, dan minuman-minuman manis.

Selain itu, mereka ini tidak menghiraukan kuantiti atau portion makanan yang diambil asalkan di dalam satu hidangan terdapat sayuran yang sangat banyak. Memang tidak dinafikan diet ini sangat memberi kesan kepada penurunan berat badan secara mendadak kerana lemak dalan badan dapat disingkirkan dengan mudah dan tiada peluang untuk membiak kerana pemakanan yang sihat.

Namun saya ingin katakan bahawa diet seperti tidak sesuai untuk individu yang baru sahaja berjinak dengan diet. Bayangkan sahaja orang yang sembuh dari patah kaki, mereka tidak terus berjalan bahkan mereka mula dengan menggerakkan kaki perlahan-lahan. Apabila sudah stabil barulah mereka berlatih untuk berjalan. Begitu dengan situasi ini, bagi orang yang baru bermula diet, mereka tidak sesuai memilih diet ini kerana mereka masih merindui ayam goreng di setiap masa makan.

2. Diet Kuantiti

Orang yang baru berjinak ini patut memilih diet kuantiti iaitu mengurangkan jumlah kalori dalam makanan harian. Jika kalori yang diperlukan sehari adalah 2500 kcal, mereka patut mengurangkan 500 dari jumlah kalori harian. Maka mereka perlukan hanya 2000 kCal dalam sehari.

Diet jenis ini tidaklah terlau ketat sehinggakan perlu menjauhkan langsung makanan bergula dan minyak. Namun, ianya perlu dikurangkan kuantitinya sahaja. Namunpun begitu, diet jenis ini tidak digalakkan mengambil makanan segera atau ‘junk food’. Kerana makan jenis ini adalah penghancur bagi setiap diet anda. Namun begitu diet jenis ini perlu ditambah dengan senaman dengan minimum 3 kali seminggu supaya kalori yang diambil dapat dibakar dan terus dibakar.

Jadi anda tidak perlu nak menyindir atau memperlekeh orang yang tidak mengamalkan clean diet. Jika dilihat powerlifter pun mereka mengamalkan clean diet bermusim dan tidak dalam setahun itu mereka mengamalkan clean diet yang berpanjangan. Diet kuantiti juga mampu membina otot, mengurangkan lemak degil tetapi mestilah berlatih keras.

Entri: Fakhrul Islam