Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jangan Salah Faham Tentang Fakta-Fakta Ini

Bersenam memang bagus tapi jangan sampai anda salah faham tentang konsep-konsep yang salah. Ia akan menjejaskan kualiti senaman anda. Jom perhati seketika antara salah faham yang berlaku:

1. Semakin lama latihan semakin bagus

Saya pernah memasuki gym bermain bersama partner, untuk melatih partner. Saat selesai semua latihan sekitar tempoh 45 minit, saya mengajak pulang menandakan selesai, namun dia terkejut. Bila bertanya hal itu, dia berkata “main lah lama lagi kan da bayar takut takda hasil”, saya hanya tersenyum dan berkata, lama tidak semestinya berkesan dan cepat tak semestinya tidak melatih otot. Pokoknya, tempoh masa tidak memainkan peranan penting dalam latihan senaman yang anda lakukan. Apa yang penting adalah intensiti, volume dan resistance semasa latihan.

5 reps dumbbell curl bersama dengan time under tension semasa mengangkatnya adalah tersangat bagus dan baik untuk membina otot berbanding anda lakukan 10 reps bersahaja.

2. Bersenam selepas makan adalah lebih baik dari sebelum

Sebelum dan selepas, mana-mana pun tidak menjadi isu besar. Apa yang penting, anda harus menjaga tempoh penghadaman makanan anda atau dinamakan tempoh bertenang. Misalkata anda mengambil makanan yang berat, ia memerlukan 3 jam untuk menghadamnya, manakala makanan lengkap yang kurang kuantitinya mengambil kira-kira satu jam hingga 2 jam sahaja untuk penghadaman. Jika snek mudah pula seperti buah-buahan dan kekacang hanya 30 minit diperlukan untuk menghadam dan ia sesuai menjadi makanan pre workout anda.

3.Anda harus bersenam selama 20 minit dan ke atas untuk membakar lemak

Ianya bercanggah dengan konsep pembakaran kalori dan lemak. Setiap dari kita mempunyai titik yang berbeza di mana badan kita mula membakar lemak. Ini sebahagiannya ditentukan oleh genetik tetapi kebanyakannya oleh tahap kecergasan, masa dan intensiti senaman. Apa yang penting pada akhir hari adalah latihan yang membolehkan anda membakar kalori dan jika anda membakar lebih banyak kalori daripada yang anda ambil, anda akan kehilangan berat badan. Setiap aktiviti fizikal mempunyai kesan terhadap pembakaran kalori sehingga setiap kali anda bergerak.

Entri: Fakhrul Islam