Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jawab Soalan-Soalan Ini Sebelum Anda Beli Mass Ataupun Whey

Kekeliruan semasa hendak memilih supplement bina otot adalah perkara biasa kita dengar, lagi-lagi kalau anda berkerja dalam kedai supplement bina badan sendiri. Ramai bertanya tentang beza penggunaan mass dan whey, juga tentang yang mana satu patut mereka gunakan untuk membina otot?

 

Jadi, Admin akan bantu anda dengan memberikan beberapa soalan. Maka, apabila anda jawab nanti, anda akan tahu apa yang sesuai untuk anda pilih, samada untuk pilih mass ataupun whey.

 

1- Adakah Anda Susah Untuk Makan Banyak?

Jika anda mempunyai kesusahan untuk makan dalam kuantiti yang banyak, maka mass mungkin lebih sesuai dengan anda untuk memberikan kuantiti kalori yang tinggi sekali makan.

 

2- Adakah Anda Kekurangan Masa Untuk Masak?

Memakan adalah komponen yang penting untuk bina badan. Kalau anda kurang masa untuk masa, maka kurang juga kuantiti dan peluang anda untuk makan. Oleh itu, mass mungkin boleh membantu anda.

 

3- Adakah Anda Mudah Untuk Naik Berat?

Senangnya naik berat boleh menunjukkan kenaikan lemak yang cepat. Ini berlaku kerana pengambilan kalori anda melebihi keperluan badan. Maka, untuk mengatasi masalah ini, whey mungkin lebih digemari berbanding mass.

 

4- Adakah Anda Kekurangan Wang Untuk Beli Ayam/Daging/Ikan Dengan Banyak?

Sumber protein yang tinggi adalah prioriti bagi penggemar bina badan. Protein adalah sumber untuk memperbaiki sel-sel yang rosak semasa latihan di gym. Whey mempunyai profil amino yang lengkap dan berkualtiti tinggi dan sangat sesuai untuk anda kerana hakikatnya ia lebih ekonomi berbanding membeli dan menyediakan makanan.

 

5- Adakah Anda Mahu Berjimat Dengan Supplement?

Sebenarnya, anda tak pattut terlalu berjimat apabila menggunakan supplement kerana ini akan mengurangkan kualiti penggunaan supplement. Anda digalakkan untuk menggunakan supplement pada dos yang dicadangkan. Tetapi, mass boleh diubahsuai untuk memenuhi kehendak anda dan ia agak jimat, lagi-lagi daripada jenama Mesotropin!

 

6- Adakah Anda Suka Reka Resepi Sendiri?

Kalau anda suka campur-campur dan mencuba pelbagai jenis penyediaan protein dengan resepi sendiri, seperti membuat pancake, shake, muffin, dan macam-macam lagi, maka whey adalah pilihan terbaik anda. Ramai telah menggunakan Hydro Whey untuk mencipta satu resepi unik mereka sendiri, dan Admin suka muffin protein bersama oatmeal whey.

 

Daripada soalan-soalan ini, anda boleh sedikit sebanyak mencuba untuk menilai sendiri yang mana sesuai dengan diri anda. Samada untuk memilik whey ataupun mass, itu terpulang kepada cara dan sasaran anda. Hakikatnya, dua-dua boleh digunakan untuk menambah berat badan ataupun membakar lemak. Yang penting adalah pemakanan asas dan program latihan.