Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jejaka Persis Sidi Oraza Ini Turun 15 Kg Hanya 3 Bulan Sahaja Hanya Dengan Kerap Makan?

“Dari 90 kg hingga 75 kg, pencapaian ini adalah antara yang amat saya banggakan” – Muhamad Suffian Ahmad

“Berat mata memandang, berat lagi badan yang menanggung,” ujar Suffian, anak kelahiran Terengganu yang kini aktif mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bekerja sebagai Eksekutif Jualan Coway di Kuala Terengganu, beliau menceritakan kembali kepada Admin detik-detik kesengsaraan beliau tatkala berat badan mendadak naik di luar kawalan pada suatu ketika dulu.

“Mulut asyik nak mengunyah je,tapi hati memberontak sebab semua baju kegemaran dah tak boleh disarung dan kehadiran lemak pula sebabkan muka saya jadi bulat serta perut pun dah mula kedepan”.

Lantas pada suatu hari, terdetik dihati beliau betapa rindunya nak kembali ke bentuk badan yang ideal seperti waktu muda-muda dulu dan aktif bersukan sebagaimana rakan-rakan yang lain.

“Saya mula mendaftarkan diri di Pusat Gimnasium berhampiran dan mula workout dengan bimbingan dari rakan-rakan baru disana.

“Dan yang paling penting, gaya hidup saya berubah 360 darjah dimana perkara yang paling ketara saya ubah Salah cara pemakanan saya”.


Ini adalah beberapa tips yang beliau kongsikan untuk pembaca mesotropin.com :

1) Jangan berlapar : Enjoy makanan kegemaran anda dalam saiz yang kecil dengan sedikit modifikasi iaitu, kurangkan garam, elak gula sehabis mungkin & gunakan minyak zaitun untuk memasak (sekiranya perlu)

2) Makan kerap : Saya jadualkan waktu makan saya sehingga 6 waktu. Antaranya sarapan > minum pagi > makan tengahari > minum petang > makan malam > supper

3) Memasak : Saya suka suatu makan itu dipanggang & juga grill sebab ianya ‘clean’ & bebas minyak.

4) Ambil whey protein & pre workout : Whey protein adalah sarana yang sangat bijak bagi memastikan keperluan protein harian saya cukup disamping ianya dapat memulih & bina otot dengan baik. Disamping itu ianya juga mempercepatkan pengurangan lemak badan. Saya guna Hydrowhey protein & juga pre workout M-sotropin dari Mesotropin.

5) Workout : Saya workout 1 jam, 3-5 kali seminggu untuk pastikan program penurunan berat badan saya lebih berkesan.

6) Tidur : Saya akan pastikan rehat saya mencukupi dan tidur awal adalah suatu kemestian sekurang-kurangnya 7 jam

7) Air : 3-4 liter air kosong adalah ubat kurus yang paling mujarab & yang paling penting saya elak semua minuman manis dalam tempoh berdiet.

“Untuk 3 bulan yang pertama, saya kehilangan 15 kg dan pada waktu itu, saya sedari bahawa otot saya ada sedikit penyusutan.

“Dari 90 kg hingga 75 kg, pencapaian ini adalah antara yang amat saya banggakan.

“Hampir kesemua pakaian saya ketika zaman muda dulu dah boleh pakai, Alhamdulillah”.

Sekarang saya konsisten ke gym untuk buat ‘strength training’ & dapatkan ‘lean muscle’ supaya badan saya lebih tone dan tampak Ripped.

                                                                Facebook : Muhamad Suffian Ahmad

Fuh, hebat bukan?

Anda boleh follow beliau di facebook personal beliau : Muhamad Suffian Ahmad

Sekiranya anda berkeinginan untuk dapatkan badan idaman, inilah cara yang sepatutnya anda perlu buat!

Jom kurus & dapatkan badan idaman anda sempena tahun 2018!

Jadi, untuk kesekian kalinya, kami sekali lagi ingin menjemput anda semua untuk menyertai Mesotropin Fitness Challenge 2.0, iaitu program penurunan berat badan musim ke-2 anjuran Mesotropin.

Hadiah untuk kali ini, kami menyediakan hadiah berupa wang tunai keseluruhan yang bernilai Rm 20,000!

Berikut adalah senarai hadiahnya yep :

Juara : Rm 10,000
N. Juara : Rm 5,000
Ketiga : Rm 2,500
Keempat : Rm 1,000
Kelima : Rm 500
Ke-6 – 10 : Rm 200

 

Jadi, apa lagi?

Jom sertai Mesotropin Fitness Challenge 2.0 hari ini & untuk mendaftar, klik pada pautan yang tertera dibawah ini :

mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc
mesotropin.com/mfc