Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jenis Makanan Yang Sesuai Dengan Fitness Semasa Bulan Ramadhan Nanti

Selepas berpuasa, badan kita kekurangan bekalan tenaga, makanan, dan air untuk workout. Ramai yang workout malam selepas tarawikh, jadi pemakanan mereka amat penting.

 

Makanan yang berasaskan karbohidrat adalah pilihan utama badan kita untuk dijadikan sebagai tenaga. Dalam keluarga karbohidrat pula, ada jenis “mudah” dan ada jenis “kompleks”. Kemudian, ada yang tinggi indeks glisemik, dan ada yang rendah.

 

Karbohidrat jenis mudah ialah yang kalau anda letak dalam mulut, sudah terus rasa manis. Contohnya, seperti gula. Kalau yang kompleks, ia seperti nasi, mee, roti, kentang, dan lain-lain. Untuk karbohidrat tinggi indeks glisemik, ia adalah makanan rendah serat. Sebaliknya pula untuk yang rendah indeks glisemik.

 

Pilihan anda untuk sahur ialah makanan kompleks dan rendah indeks glisemik. Contohnya, seperti oats, keledek, dan macam-macam lagi. Campurkan dengan buah-buahan seperti kurma untuk memberikan tenaga segera. Makanan rendah glisemik tersebut akan membekalkan tenaga berpanjangan.

 

Kemudian, untuk berbuka, ambil secara campuran dan seimbang antara jenis karbohidrat. Ini untuk memberikan anda tenaga semasa anda berbuka dan membekalkan tenaga untuk selepas tarawikh nanti. Sebelum workout, ambil makanan tinggi indeks glisemik untuk “mengeluarkan” bekalan tenaga anda tadi semasa berbuka untuk menjana workout anda sekarang!

 

Pilihan makanan terbaik untuk sahur:

1- Kurma

2- Oats

3- Keledek

4- Ayam

5- Daging

6- Ikan

 

Pilihan makanan untuk berbuka:

1- Kurma

2- Nasi

3- Roti

4- Kekacang

5- Ayam

6- Daging

7- Ikan

8- Ulam-ulaman

 

Pilihan makanan untuk sebelum workout

1- Chocolate

2- Protein bar

3- Protein shake

 

Anda juga boleh gunakan Hydro Whey untuk memberikan anda tenaga secukupnya, diiringi dengan penggunaan M-Sotropin!