Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jogging Untuk Bakar Lemak Tidak Perlu Lari Laju-Laju

Jogging menjadi pilihan utama ramai orang apabila mereka nak mulakan perjalanan untuk mengawal berat badan. Biasalah, sebab itu yang paling mudah untuk dilakukan. Tak semua orang mampu untuk pergi ke gym.

Meskipun jogging bukanlah jalan terbaik untuk bakar lemak dan pengawalan berat badan jangka masa panjang, tapi lebih baik anda berjogging daripada tak melakukan apa-apa langsung. Usaha itu penting, dan lakukan dengan cara paling berkesan.

Seperti berjogging, kita lihat anda yang berlari betul-betul laju. Orang lain tengok pun akan berfikir yang kalau mereka nak kurus, mereka kena lari laju-laju. Apabila mereka tak boleh nak lari laju lama-lama, mereka pun patah semangat.

Berjogging untuk bakar lemak memanglah kena dalam durasi panjang (60-90 minit), tapi anda tak perlu lari laju-laju. Kenapa kena berjogging lama? Sebab anda nak badan anda guna sumber lemak sebagai sumber tenaga. Jika anda jogging sekejap sahaja, anda hanya membakar oksigen dan gula dalam badan anda.

Kemudian, larian jogging anda haruslah sekadar menaikkan degupan jantung anda sebanyak 50-60% daripada degupan maksimum. Terlalu tinggi, maka ia akan menyebabkan anda tak boleh tahan begitu lama.

Jadi, ia sebenarnya subjektif. Kalau anda tengok mereka yang lari laju-laju dan lama, itu sebab badan mereka dah biasa dan kuat. Bagi yang tak biasa, mereka tak perlu lari sama laju. Apa yang mereka perlu buat ialah pastikan degupan mereka berada dalam julat 50-60%.

Bagi yang baru mula, lariannya tidaklah begitu laju, hanyalah seperti berjalan laju sahaja. Mungkin anda rasa seperti tak berlari pun, tapi apabila anda nak tahan sampai 60-90 minit, ia akan jadi memenatkan.

Isi pentingnya di sini, anda kena berjogging mengikut cara yang paling berkesan. Tak perlu lari laju-laju kalau tak mampu sebab setiap orang mempunyai tahap ketahanan yang berlainan.

Entri: Aiman Radzi