Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Jom Belajar Cara Nak Atasi Craving Makanan

Realiti sekarang orang-orang muda, remaja atau pun orang ramai sudah mula mengamalkan amalan craving pada sesuatu makanan. Dan 98% daripada makanan itu biasanya makanan yang tidak sihat. Jika dibiarkan akan ramailah individu yang mengamalkan gaya hidup tidsk sihat. Kita risaukan masalah obesiti, masalah penyakit kronik yang menimpa anak muda sekarang akan berlaku. Ini semua berpunca daripada sumber pemakanan anda.

Yang utama sekali, anda kena faham dulu keperluan kita lapar ni ada dua:

1. Keperluan badan
Badan yang inginkan makanan yang ckup utk keperluan yang mana kalau tak dapat..akan terasa lapar

2. Keperluan minda

Minda pula tidak perlukan apa-apa makanan untuk mengisi rasa lapar.

Jadi apa yang diperlukan hanyalah mengambil makanan mengikut keperluan badan bukan minda. Percayalah badan anda tidak inginkan aiskrim, tidak mahukan sepotong kek yang penuh krim dan tidak akan inginkan goreng pisang panas yang digoreng dengan minyak yang penuh. Itu semua adalah tugas minda anda yang menyuruh dan membuatkan anda craving.

Istilah craving ini semakin berleluasa dengan makanan dan minuman yang trending sekarang. Jika dilihat kini, minuman paling trending adalah boba tea, namun khasiatnya tidaklah menunjukkan ia minuman yang sihat. Anda harus ingat sedap tidak bermakna sihat.

Jadi apa yang perlu buat?

1st: Dapatkan sayur sebanyaknya

Mengapa?

Kerana sayuran lah mempunyai sifat pengisi dan punca perut anda merasa kenyang yang puas. Kenyang yang puas di sini bermajsud anda tidak akan rasa craving pada benda-benda yang tidak sihat.

Dengan anda membanyakkan sayuran dalam hidangan ia mampu mengatasi masalah craving yang berlebihan. Ia juga adalah diet yang terbaik untuk anda turunkan berat badan anda.

Hidangan paling terbaik adalah segenngam nasi berserta ayam/ikan dan sayuran yang melebih amaun nasi dan protein. Inilah rahsia yang ramai tidak mampu lakukan dan menganggap susah.

Bagi saya ianya tidaklah susah kerana saya tidak mencadangkan anda berhenti terus ambil makanan-makanan craving anda. Tetapi mulakan dengan perbanyakkan amaun sayuran anda.

2nd: Masak sendiri

Percayalah jika anda menyediakan sendiri makanan atau hidangan itu, Anda mampu menjimatkan beratus-ratus kalori. Ini kerana semasa anda memasak, minda anda akan fokus pada keadaan anda masak itu dan anda hanya memikirkan tentang sayur sahaja berbanding jika makanan sudah terhidang sedia anda akan memikirkan makanan seterusnya dan anda akan ada banyak masa untuk memikirkan makanan-makanan tidak sihat.

3rd: Kawal kalori

The last but the best part adalah mengawal pengambilan kalori. Gunakan aplikasi my fitness pal di Playstore dan update setiap makanan anda dalam sehari supaya anda tidak terlajak mengambil lebihan kalori. Anda harus tahu lebihan kalori akan mengakibatkan pengumpulan lemak yang tidak terbakar dan berat badan anda mudah untuk naik.

Entri: Fakhrul Islam