Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kardio Selain Berjogging Boleh Menggunakan Bebanan

Kardio ada pelbagai cara, bukan sahaja dengan berjogging dan berlari. Malah, latihan menggunakan bebanan juga sebenarnya kardio. Terma kardio merujuk kepada jantung kita dan semua senaman mengerjakan jantung. Bergantung pada intensiti, kita boleh set sejauh mana sejenis latihan ini melatih jantung kita.

 

Kenapa bagi sesetengah orang, angkat berat lebih mudah berbanding berjogging? Sebab, komposisi ototnya sudah dibiasakan dengan pergerakan anarobik. Berbeza dengan kaki berlari, mereka dah biasakan dengan pergerakan aerobik.

 

Anda akan mahir dengan apa yang anda sering lakukan. Kalau anda kerap berjogging, semestinya anda akan hebat berjogging sampai boleh marathon 25km. Kalau anda kerap angkat berat, anda akan hebat yang itu sampai boleh deadlift 300kg. Berikut adalah antara contoh lain kardio menggunakan bebanan.

 

Barbell Clean

Antara senaman yang sangat mengerjakan kapasiti kardiovaskular anda. Buat 3-5 rep sekali jalan, bererti gunakan bebanan yang sederhana-berat.

 

Lunges

Cuba lunges tanpa menggunakan bebanan sejauh satu pusingan padang. Jangan kata anda tak rasa seperti nak beli sepasang kaki yang baru untuk gantikan kaki yang terseksa sekarang lepas lunges.

 

Sled Training

Tak semua tempat ada alat ini, tetapi jika gym anda ada, maka rugilah kalau anda tak gunakannya!

 

Medicine Ball Throw

Penggunaan medicine ball semakin meluas sekarang. Variasi pergerakan yang dilakukannya akan melatih otot seluruh badan dan membakar lemak anda macam api yang menggelegak.

 

Sledgehammer Training

Seronoknya senaman ini selain melatih otot core ada adalah, anda boleh lepaskan geram yang dah lama terpendam. Pukul tayar tersebut sungguh-sungguh! Jangan lupa untuk minum Hydro Whey sebab satu badan anda akan sakit lepas satu sesi latihan ini.

 

Flip Tyre

Senaman golek tayar adalah sinonim dengan dunia strongman dan crossfit. Kenapa? Ia adalah ujian kepada kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal. Nak bakar lemak cepat? Inilah jawapannya.