Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kardio vs Bebanan: Yang Mana Satu Lebih Berkesan Untuk Turunkan Berat?

 

Dari dulu sehingga kini, persoalan mengenai senaman terbaik bagi menurunkan berat badan, samada fokus kepada latihan kardio (aerobic) atau latihan bebanan (weightlifting). Mungkin latihan kardio dan latihan bebanan adalah dua jenis senaman yang berbeza. Namun, apabila anda menggabungkan kedua-duanya, terciptalah satu kombinasi paling ‘power’ untuk mengatasi lemak. Ya, jawapannya ialah anda memerlukan kedua-duanya sekali. Mari kita lihat sebabnya.

 

Bagaimana Latihan Kardio Membantu Mengatasi Lemak

Salah satu kelebihan latihan kardio pada intensiti sederhana ialah anda boleh melakukannya untuk jangka masa yang lebih lama berbanding latihan bebanan. Pergerakan tanpa henti inilah yang memberikan latihan kardio kelebihan dari segi jumlah penggunaan tenaga semasa sesi senaman. Memang betul, anda boleh gabungkan latihan bebanan dan pergerakan di dalam latihan litar untuk extra boost. Tetapi kuncinya di sini ialah pergerakan kardio yang berterusan seperti berlari, berbasikal atau lompat tali sehingga kadar denyutan jantung mencapai 80% daripada kadar denyutan maksimum – anda juga akan mengalami kesan afterburn (walaupun tidaklah sebanyak latihan bebanan). Oleh sebab itu, latihan kardio menunjukkan perbandingan yang lebih baik daripada latihan bebanan, dari segi jumlah penggunaan tenaga. Di samping itu, ia juga senaman terbaik bagi kesihatan jantung dan paru-paru. Bagaimana pula dengan latihan bebanan?

 

Bagaimana Latihan Bebanan Boleh Membantu Mengatasi Lemak

Latihan bebanan dan senaman rintangan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Jika dibandingkan dengan lemak, kadar metabolik otot adalah jauh lebih tinggi. Oleh itu, mempunyai lebih banyak otot daripada lemak akan meningkatkan kadar metabolisme rehat. Anda akan membakar beberapa dozen extra kalori setiap hari untuk setiap paun otot yang bertambah. Walaupun begitu, berat badan yang turun kebiasaannya adalah kombinasi daripada lemak dan juga otot. Tetapi fokus anda adalah menyingkirkan lemak, bukannya kedua-duanya sekali. Maka itulah, program penurunan berat badan sangat memerlukan latihan bebanan bagi menambahkan dan mengekalkan jisim otot. Lagi pula, latihan bebanan sangat bermanfaat terhadap kesihatan jasmani dan mental secara keseluruhannya.

 

Akhir kata:

Latihan kardio menyumbang kepada jumlah penggunaan tenaga yang lebih banyak semasa bersenam. Latihan bebanan pula meningkatkan kesan epoc (Excess Post-Exercise Oxygen Consumption) atau ‘afterburn’. Kesan EPOC merujuk kepada peningkatan kadar metabolisme selama berjam-jam selepas sesi senaman berakhir. Oleh sebab itulah anda memerlukan latihan kardio dan latihan bebanan untuk mendapatkan hasil terbaik daripada program penurunan berat badan anda.

 

Entri: Tini Lorna Lim