Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kelebihan Latihan Push Pull Dan Legs

Rutin latihan push pull legs adalah antara latihan terlana dalam dunia bina badan. Kenapa ia bertahan sehingga sekarang? Sebab keberkesanannya dalam melatih otot!

Latihan ini membahagikan latihan anda kepada 3 bahagian iaitu pergerakan push, pull, dan legs. Kenapa dia pecahkan begini? Sebab, dalam setiap pergerakan ini mempunyai kumpulan gerakan otot yang sama.

Pergerakan push menggunakan otot chest, shoulder hadapan, dan triceps. Pergerakan pull pula menggunakan otot biceps dan back. Legs semestinya melatih otot kaki. Apabila dipecahkan begini, anda mendapat kesemua otot utama.

Latihan begini biasa dilakukan selama 3 atau 6 kali seminggu, saya cadangkan anda buat 6 kali seminggu. 3 hari pertama menggunakan kitaran pertama, hari keempat adalah hari rehat, ulang semula kitaran untuk hari 5-7 dalam seminggu.

Dalam latihan push, anda akan buat senaman-senaman seperti bench press dan overhead press. Pergerakan pull menggunakan senaman-senaman seperti pull down dan barbell row. Legs diutamakan dengan squat.

Antara kelebihan melakukan latihan ini ialah;

1- Memberi Masa Rehat

Apabila anda buat progran push oull legs, anda memberi ruang kepada otot anda supaya pulih. Hari ini anda kerjakan otot push, esok anda kerjakan pull, dan kemudian lusa legs. Jadi, setiap bahagian ada sekurang-kurangnya 2 hari sebelum dikerjakan semula.

2- Lebih Fokus Pada Weak Point

Setiap orang ada titik kelemahan mereka. Mungkin anda kurang bahagian chest, jadi pada hari push anda boleh lebihkan chest tetapi anda tak tinggalkan bahagian shoulder. Begitu juga bahagian otot lain yang anda lemah.

3- Boleh Silang Latihan

Maksud saya silang ialah, kitaran pertama boleh utamakan latihan hypertrophy kitaran kedua, anda lakukan latihan kekuatan pula. Jadi, anda boleh maksimumkan pembinaan badan.

Entri: Aiman Radzi