Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kenapa Anda Kena Lebihkan Protein Semasa Cutting?

Bagi menjawab soalan ini, anda kena tahu dahulu apakah maksud cutting. Kemudian, anda kena tahu apakah tiga kumpulan makro nutrisi. Selepas anda fahamkan dua benda ini barulah kita boleh berganjak kepada jawapan perbincangan kita.

Cutting adalah satu fasa di mana anda mencuba untuk membakar lemak di badan sambil mengekalkan jisim otot. Kata kunci di sini bukanlah membakar lemak seperti yang orang ramai sangkakan, tetapi sebenarnya terletak pada pengekalan jisim otot.

Ramai yang terlalu fokus untuk bakar lemak sehingga mereka lupa yang otot mereka bina semasa mereka bulking adalah penting juga untuk dijaga. Apa guna bulking kalau anda hilangkan semua jisim otot yang dibina semasa cutting?

3 komponen makro nutrisi yang anda perlu tahu ialah; karbohidrat, protein, dan lemak. Setiap kumpulan ini memainkan peranan yang besar dalam bina badan termasuklah lemak. Ya, anda jangan fikir lemak itu tidak baik ada lemak sendiri ada fungsi yang penting.

Karbohidrat mempunyai 4kcal per gram sama seperti protein, manakala lemak mempunyai 9kcal per gram. Pastikan anda agihkan komponen ini secara bijak untuk mencukupkan kalori anda.

Baik, kenapa anda perlu lebihkan protein semasa fasa cutting? Salah satu sebabnya adalah kerana kesan termogenik pada protein adalah lebih tinggi berbanding dua komponen yang lain tersebut.

Apakah maksud kesan termogenik? Dalam bahasa mudah, tatkala anda memakan protein, anda membakar kalori lebih tinggi hanya untuk menghadam protin tersebut. Karbohidrat dan lemak juga memerlukan kalori untuk penghadaman, tetapi protein memerlukan kalori paling tinggi untuk proses penghadaman.

Lagi banyak anda makan protien, lagi banyak kalori yang terbakar untuk proses tersebut. Yang memudahkan lagi anda untuk membakar lemak dan mengekalkan jisim otot.

Pengambilan protein yang tinggi juga menggalakkan peningkatan sintesis otot. anda memerlukan sintesis otot yang tinggi untuk membina otot dan juga mengekalkan jisim otot semasa fasa cutting.

Protein anda boleh datang daripada supplement dan juga daripada pemakanan. Jika anda mengalami masalah tiada masa untuk menyediakan makanan, maka situlah gunanya anda ambil supplement.

Entri: Aiman Radzi