Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kenapa Anda Patut Kurangkan Main Arms?

Ramai nakkan arms yang  besar. Daripada awal masuk gym sampai dah bertahun-tahun, kerjanya main arms sahaja. Yang lain main juga tetapi sikit berbanding latihan arms. Kalau anda nak besar, bukan ini caranya!

 

Kenapa anda patut kurangkan main arms kalau nak arms yang besar? Rule ini berkuatkuasa untuk yang baru mula main gym sahaja, ataupun yang masih lemah asas. Kalau yang dah otai-otai dan ada basic yang kukuh, memang perlukan arm day kerap untuk besarkan arms.

 

Sebab anda patut kurangkan arm day adalah anda kena bagi fokus pada senaman kompaun. Kebanyakan senaman arms adalah senaman isolation. Senaman kompaun yang memberi fokus arms adalah seperti close grip bench press, chin up, supinated barbell row, dip, dan lain-lain.

 

Senaman kompaun membenarkan anda untuk guna bebanan yang berat lagi, lantas memberikan anda lebih rangsangan hypertrophy untuk pertumbuhan otot. Itu yang penting, iaitu stimulasi untuk tumbesaran dan ini boleh ditingkatkan melalui senaman kompaun yang mengaktifkan jauh lebih banyak gentian otot berbanding senaman isolation yang hanya fokus pada satu otot sahaja.

 

Dengan senaman yang berat, satu badan anda terpaksa berkerja keras untuk menolak atau menarik bebanan tersebut. Ini akan membantu badan anda untuk merembes hormon-hormon pro-bina badan seperti testosteron yang akan bantu dalam pembesaran otot. Pernah dengar orang kata squat bantu untuk tingkatkan testosteron? Betul, dan lebih tepat lagi, semua senaman kompaun yang dilakukan berat akan berikan kesan yang sama. Kenapa? Sebab ada perasaan, kalau tak tolak betul-betul, nanti bebanan jatuh atas badan boleh cedera. Jadi, adrenaline rush begini akan bantu untuk naikkan testosteron.

 

Kalau anda nak besarkan arms, fokus kepada beberapa senaman ini:

  1. Close grip bench press
  2. Chin up
  3. Supinated barbell row
  4. Deadlift

 

Kenapa deadlift? Tengok mereka yang deadlift berat-berat, dan tengok tangan mereka terutamanya bahagian forearm. Kekuatan grip seiring dengan saiz forearm yang padu. Ingat, fokus pada senaman kompaun!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)