Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kenapa Tak Kurus Juga Walaupun Setiap Hari Berjogging?

Admin dapat cadangan tajuk ini daripada kawan yang mengalami masalah yang sama seperti tajuk yang Admin tulis. Menarik juga topiknya, berkaitan orang yang berjogging tiap hari tapi tak kurus-kurus juga! Kenapa jadi begini? Apakah yang menjadi penghalang kepada matlamat beliau?

 

Ada beberapa benda anda kena tengok:

  1. Rutin
  2. Pemakanan
  3. Tekanan metabolik

 

Rutin

Pertamanya, badan kita paling tidak sukakan rutin kalau anda berniat nak ubah bentuk badan anda. Maksud rutin ini ialah anda hanya ulang buat benda sama tiap kali berlatih. Dalam hal ini, kita bercakap tentang berjogging. Dan, apabila anda berjogging sahaja tiap hari, waktu yang sama, durasi yang sama, laluan yang sama, badan anda akan adapt dan susah untuk mendapat perubahan.

 

Pemakanan

Kemudian, anda kena tengok pada pemakanan anda pula. Tak kisah berapa intense latihan yang anda buat, kalau anda tak betulkan gaya pemakanan anda, sebarang perubahan badan adalah susah untuk dikecapi. Ramai ingat kalau dah bersenam banyak, makan apa-apa pun tidak ada masalah. Sedangkan, pemakanan terletak pada tangga teratas yang perlu kita patuh dahulu.

 

Tekanan Metabolik

Untuk mempercepatkan pembakaran lemak, jogging bukanlah caranya. Sebaliknya, latihan berintensiti tinggi dan latihan rintangan menggunakan beban adalah jauh lebih efektif untuk mengubah bentuk badan anda. Kenapa? Tekanan metabolik, atau dengan kata lain badan anda terpaksa mengharungi tekanan berat daripada latihan tersebut. Hasilnya, ia menghidupkan satu enjin pembakaran kalori turut dikenali sebagai afterburn effect.

 

Jangan hairan kalau anda dah berjogging tiap hari tapi kilo badan anda masih tak kurang-kurang. Daripada tiga aspek ini, tengok apa yang kurang dan perbetulkan yang itu.