Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kepentingan Stretching Sebelum Senaman

Ramai yang tak suka lakukan stretching, orang utara kata “qenyah” (disebut sebagai renyah). Jangan silap faham, stretching yang Admin maksudkan bukanlah yang anda buat sebelum workout. Malah, itu bukan dinamakan stretching, sebaliknya adalah warm up. Stretching adalah sesi latihan untuk meregangkan otot anda dengan menahan sesuatu posisi untuk tempoh tertentu. Ianya tak sesuai dilakukan sebelum workout.

Stretching bagus dilakukan selepas aktiviti, terutamanya selepas workout. Admin sangat pentingkan stretching, tetapi dilakukan dengan betul. Sebagai ahli fisioterapi, ramai yang datang mengadu sakit adalah kerana otot mereka ketat hasil daripada tidak stretching.

 

Antara kebaikan stretching untuk membina badan adalah seperti:

 

1. Mengekalkan Flexibility Otot

Otot yang mampu bergerak dalam julat pergerakan penuh adalah otot yang sihat. Ia juga melambangkan sendi yang kukuh. Kalau anda perasan, ramai abang sado tak boleh nak garu belakang sebab otot rotator cuff mereka ketat. Lantas, ini boleh mempengaruhi prestasi squat, overhead press, dan bench press mereka.

 

2. Menggalakkan Recovery

Admin selalu ulang yang recovery adalah komponen paling penting untuk bina badan. Kalau anda tak cukup recovery, ibarat sia-sia sahaja workout kerana anda tak bagi peluang badan anda untuk pulih dan membesar.

 

3. Mengurangkan Risiko Kecederaan

Otot-otot yang tidak boleh bergerak secara bebas kerana ketat akan meningkatkan kemungkinan anda untuk tercedera. Bayangkan begini, apabila otot tersebut sudah ketat dan pendek, dan berlaku tarikan atau pemanjangan secara mengejut, otot tersebut mudah koyak dan cedera.

 

Stretching bukan sahaja dengan melakukan pergerakan dan menahan posisi tersebut. Ada macam-macam cara lain untuk stretch, seperti penggunaan foam roller, stretch band, gym partner, dan teknik-teknik lain. Pernah dengar tentang PNF, MET, PIR, dan RI? Macam-macam huruf keluar, tapi itu bukanlah mandatori yang anda kena tahu. Sekadar teknik-teknik simple dengan konsep MET sudah cukup untuk bagi anda kelebihan stretching yang banyak!