Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Kesan Kepada Badan Anda Nanti Apabila Berhenti Main Gym

Timbul banyak kerisauan dalam kalangan abang sado akan situasi kalau mereka berhenti main gym. Lagi risau orang yang tak main gym, katanya kalau berhenti nanti akan jadi begini-begini. Jom kita lihat kesan yang berlaku kalau anda stop angkat berat!

 

1. Atrophy Otot

Kalau hypertrophy adalah pembesaran saiz sel, atrophy adalah lawannya iaitu pengecilan saiz sel. Waktu anda main gym dan angkat berat, otot dalam badan anda berkata “aku perlu tampung berat jadi aku kena besar”. Tatkala anda berhenti, mereka berfikir lain pula seperti “aku dah tak perlu angkat berat jadi tak perlu simpan muscle”. Benar, memang begitu badan kita berfungsi.

 

2. Lemak Akan Meningkat

Seiring dengan pengecilan otot, lemak anda pula akan meningkat. Sebab itu ramai yang kekal berat sama, tapi bentuk badan dah tak setegap dulu. Menggelebeh lebih menandakan lemak terkumpul. Lelaki mudah simpan lemak di perut, perempuan di punggung, peha, dan tangan.

 

3. Hormon Kurang Stabil

Apabila lemak anda meningkat, begitu juga dengan hormon estrogen dan cortisol. Kedua-dua hormon ini ibarat hormon berlawanan kepada hormon testosteron, iaitu hormon paling padu untuk membina badan. Waktu workout, hormon testosteron meningkat secara semula jadi. Dengan peningkatan hormon lawannya, macam-macam kesan lain boleh datang!

 

4. Kekuatan Berkurangan

Semestinya, anda tak jadi sekuat seperti dulu. Ini kerana mengikut konsep latihan “reversibility”, apa yang anda dapat melalui latihan, anda akan hilang jika anda berhenti berlatih. Sebagai contoh, kalau anda berlatih sampai boleh deadlift 200kg, berhenti berlatih akan buat anda hilang kebolehan untuk deadlift seberat itu.

 

Berhenti berlatih untuk seminggu dua tidak mendatangkan masalah besar. Berhenti berlatih untuk sebulan boleh mula pertimbangkan untuk pergi ke gym. Tak pergi berlatih selama 6 bulan, itu dah cerita lain, dan kesannya adalah lebih banyak berbanding apa yang Admin nyatakan tadi.

 

Sebab itu, yang penting dalam dunia bina badan ialah konsistensi, bukan motivasi. Semoga anda berjaya membina badan!