Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Khabib Nurmagomedov: Rahsia Diet

Mengejutkan seluruh dunia apabila peninju tanpa rekod kalah 27 kali mengalahkan bintang peninju yang kuat Connor McGregor dengan mudah. Berita ini tersebar luas di seluruh akhbar dan media dan mendapat liputan luas dalam arena sukan dunia.

Namun bukan itu yang hendak diceritakan dalam ini tapi sedikit perkongsian apa rahsia Khabib sehingga boleh mencapai pada tahap itu.

Ianya adalah pada diet yang efektif memberi kekuatan pada tubuh Khabib. Khabib sangat mementingkan diet dan pemakanan yang baik untuk beraksi dengan baik.

Berikut saya kongsikan clean diet yang diamalkan Khabib:

1. Sarapan pre-workout

Minuman smoothie menjadi pilihannya di pagi hari. Dengan campuran:

1 cawan sayuran
1 biji pisang
1 sukatan grass-fed whey
Serbuk protein atau brown rice

Kesemua ini dicampurkan menjadi satu minuman yang lazat dan ringkas.

2. Makanan sebelum workout

1 cawan yogurt
2 sudu walnut hancur
1/2 cawan bluberi

3. Lunch

Satu cawan setiap satu untuk:
– salad
-bayam
-kobis
-tomato
-cendawan
– timun

1 tin tuna juga dimask bersama bawang dan daun seleri.

4. Dunch ( antara dinner dan lunch)

2 cili merah dicampur dengan timun
3 telur rebus dengan satu telur kuning.

5. Dinner

Segenggam asparagus dimasak dengan minyak zaitun.

3/4 bahagian ayam atau turkey dimasak secara panggang

1/2 black beans

Walaupun begitu, Khabib masih menjaga pengambilan kalori supaya tidak melebihi kalori yang dibakar.

Entri oleh: Fakhrul Islam