Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Lagi 4 Makanan Terbaik Untuk Mulakan Diet Fitness

Semalam, saya dah kongsikan 5 jenis makanan super sihat untuk anda amalkan bagi yang nak mulakan fitness. Rupanya, bukan itu sahaja makanan yang anda boleh masukkan ke dalam diet anda! Sekarang, saya nak kongsikan 5 lagi makanan lain yang juga super sihat dan terbaik untuk anda.

 

1- Tomato

Selain daripada kaya dengan vitamin-vitamin dan mineral, tomato turut terkenal dengan namanya sebagai ejen antioksida. Apabila anda memakan tomato secara kerap, anda mendapat bekalan lycopene yang merupakan nutrisi sihat untuk mencegah kelemahan badan.

 

2- Buah-Buah Beri

Apa sahaja jenis beri (berries), anda boleh mula lebihkan. Strawberry, blueberry, lain kali anda naik ke Cameron Highland bolehlah beli banyak sedikit untuk dibawa pulang ke rumah. Sedap juga kalau anda celup dengan chocolate sihat. Kenapa buah begini bagus? Sama seperti tomato, ia kaya dengan sumber antioksida.

 

3- Minyak Zaitun

Tak semestinya anda kena memasak menggunakan minyak zaitun. Cukup anda jadikan minyak ini sebagai dressing sahaja. Jadi, anda dah jimatkan minyak dan jimatkan wang. Kalau kita bercakap tentang minyak, kita akan bercakap tentang lemak. Dan, kalau kita bercakap tentang lemak sihat, pastinya ia membantu merendahkan kolestrol badan.

 

4- Bawang Putih

Kalau dalam lagenda barat, bawang putih digunakan untuk menghalau vampire. Untuk kita pula, bawang putih sangat bagus untuk “menipiskan” darah supaya anda dapat kurangkan komplikasi jantung dan serangan strok. Ia juga membantu dalam penyerapan zinc dan zat besi untuk kekuatan sendi kita.

 

Pucuk pangkal yang anda kena pegang apabila anda nak mulakan diet untuk fitness ialah, anda kena pastikan kualiti makanan yang anda pilih adalah yang terbaik. Ketepikan makanan-makanan yang diproses dan utamakan makanan segar yang anda boleh siapkan sendiri.

 

Kuantiti makanan anda juga kena jaga selain daripada kualiti kerana meskipun anda memakan makanan yang berkualiti, kalau anda makanan dalam kuantiti yang terlebih daripada keperluan badan, ia tetap boleh jadi penyebab kenapa badan anda kian lama kian membesar.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)