Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Latihan Untuk Hardgainer

Dulu, Admin juga merupakan individu yang dipanggil sebagai hardgainer iaitu mereka yang susah nak naikkan berat badan. Makanlah seberapa banyak sekali pun, berat memang tak naik! Sampailah Admin jumpa caranya, sekarang nak naik berat memang mudah. Nak turun pula yang susah!

 

Admin mula senang naik berat apabila Admin berkecimpung dengan dunia besi. Sebelum ini, Admin workout di rumah sahaja dan berat badan tidak berubah. Selepas Admin daftarkan diri ke gym, barulah senang untuk naik berat.

 

Salah satu faktornya adalah variasi latihan, senaman, dan juga kemudahan untuk menaikkan intensiti. Di rumah, kita susah untuk mempelbagaikan stimulasi bina otot sebab kekurangan peralatan. Ya, dengan mengubah cara anda lakukan senaman, anda memberikan stimulasi berbeza, meskipun ia hanya senaman bodyweight. Tetapi, di gym, semuanya lebih mudah dan berbaloi dengan pelaburan anda.

 

Latihan untuk hardgainer sebenarnya mudah sahaja. Anda perlu fokus untuk jadi lebih kuat dalam senaman-senaman yang anda lakukan. Orang kata, latihan kekuatan kena main dalam 3-5 rep untuk banyak set. Tetapi, ini adalah sukar bagi yang baru memulakan latihan. Jadi, fokus anda adalah untuk menjadi kuat dalam apa jua rep sekali anda guna.

 

Sebagai contoh, untuk permulaan mungkin anda berlatih 10 rep sebanyak 3 set menggunakan 20kg. Jadi, prioriti anda adalah untuk naikkan berat yang anda guna bagi rep ini. Maksudnya, anda kena usaha naikkan daripada 20kg 10 rep, menjadi 22.5kg dan kemudian 25kg dan seterusnya 27.5kg dan lain-lain. Kenaikan begini adalah rangsangan terbaik untuk hypertrophy otot.

 

Anda boleh tambah berat bagi setiap sesi workout, ataupun setiap 2 sesi. Mungkin anda tambah rep dahulu daripada 10 menjadi 12 dan 15 sebelum menaikkan berat dan turun kepada 10 rep semula. Macam-macam cara anda boleh buat latih supaya anda jadi kuat. Pucuk pangkal dia, anda kena latih supaya anda boleh angkat lebih berat, itulah ubat bagi hardgainer.

 

Bagi mempercepatkan lagi proses kenaikan berat, gunakan mass daripada Mesotropin! Ia berkualiti tinggi dan juga diyakini halal.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)