Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Latihan Yang Dijamin Buat Otot Anda Membesar

Kalau saya kata ada latihan yang menjaminkan kenaikan otot anda, mahukah anda ikut? Ataupun anda nak kekal dengan latihan lama anda buat yang sampai sekarang anda merungut tak besar-besar?

Bukanlah rahsia besar pun dengan latihan ini. Anda kena yakin dengan prosesnya sahaja. Mana ada hari ini workout, esok terus membesar. Kalau ada, lupakan entri ini dan ikut yang itu sahaja.

Kalau anda nakkan latihan yang menjamin kenaikan otot, anda kena fokus kepada satu perkara iaitu progression. Maksudnya, anda kena fokus untuk angkat lebih banyak rep dan lebih berat.

Untuk lebih spesifik, anda kena angkat bebanan yang anda mampu angkat sebanyak 8-12 rep. Apabila anda dah boleh buat satu bebanan sampai 12 rep secara konsisten, naikkan pula berat dan usaha lagi sampai dapat 12 rep lagi. Dah dapat lagi? Naik lagi bebanan.

Itu untuk bahagian atas. Kalau bahagian bawah pula, usaha sampai anda boleh 20 rep. Latihan anda haruslah menggunakan bebanan yang fokus pada kemampuan 12-20 rep. Kata kunci dia adalah apabila anda boleh buat sesatu bebanan secara konsisten untuk sejumlah rep, naikkan bebanan.

Kenapa cara ini menjaminkan kenaikan otot? Sebab, inilah yang dipanggil sebagai adaptasi kepada rangsangan latihan. Badan anda menjadi kuat dan besar apabila rangsangan anda berikan bertambah-tambah. Kalau rangsangan anda berikan sama sahaja, maka badan tak akan membesar.

Memang betul, latihan kekuatan yang menggunakan bebanan berat tetapi dilakukan secara rep yang sikit dapat juga membina otot tetapi tidak sebanyak latihan yang menggunakan bebanan sederhana untuk banyak rep. Kalau anda nak fokus naikkan badan, fokus pada latihan hypertrophy.

Cuba anda tengok champion bodybuilder dengan champion powerlifter, siapa lebih besar (dari segi jisim otot). Strongman pula memang paling besar antara semua ini, tetapi tidak sebanyak otot seperti champion bodybuilder. Apa yang membezakan hasil badan mereka? Cara latihan yang berbeza.

Bodybuilder fokus kepada mengangkat bebanan untuk banyak rep. Dan, mereka boleh angkat bebanan berat untuk banyak rep. Kenapa? Mereka gunakan konsep progressive overload. Mereka fokus dengan bebanan mereka, dan apabila bebanan tersebut menjadi mudah untuk sejumlah rep, mereka naikkan berat.

Cuba buat sasaran, anda nak bench press 80kg untuk 12 rep, dan sekarang anda hanya mampu 7 rep. Jadi usaha dari semasa ke semasa untuk dapatkan 12 rep. Apabila tiba waktu itu, buat ukuran lilit dada anda dan lihat.

Entri: Aiman Radzi