Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Leg Press Untuk Kaki Besar

Kadang-kadang, tajuk begini menimbulkan kontroversi dalam dunia besi. Sebab apa? Leg press selalu mendapat nama buruk oleh penggemar squat. Satu lagi mungkin sebab ramai tak suka squat kerana ia lebih susah berbanding leg press.

 

Pegang kata-kata ini, kalau tak nak susah lebih baik duduk di rumah sahaja. Maksudnya, anda kena rajinkan diri squat juga tetapi ini tidak bermakna anda patut tinggalkan leg press. Senaman kaki menggunakan mesin tersebut amat baik untuk memberikan rangsanga hypertrophy untuk otot kaki. Squat pula sangat sesuai untuk melatih kekuatan. Dua-dua ada kelebihan masing-masing.

 

Bagi penggemar squat pula, kadang-kadang kita sampai ke plateau, kita paksa diri kita juga untuk tambah berat. Sampai berbulan-bulan, tak kuat-kuat juga. Kecederaan bertambah, sakit belakang dan lutut bagai-bagai lagi. Mungkin masanya anda ubah pendekatan anda kepada senaman leg press pula!

 

Mesin leg press pula ada macam-macam jenis. Ada yang jenis 45 darjah (ini paling biasa di mana-mana gym), ada yang menggunakan mesin Cybex (ini paling menarik) yang berlainan tuas dia, dan ada juga yang jenis Guillotine press. Mesin-mesin ini semua juga ada kelebihan berlainan, tetapi leg press tetap leg press.

 

Beberapa tip untuk leg press:

  1. Pastikan abs anda sentiasa keras.
  2. Pastikan lower back sentiasa rapat dengan tempat sandar.
  3. Pegang tempat pemegang dengan kuat.
  4. Turunkan bebanan secara perlahan dan sedalam boleh.
  5. Tolak bagi lurus tetapi jangan lock kaki.

 

Nak lagi padu, guna berat yang anda hanya boleh press 15 rep, tetapi habiskan 25-35 rep sekali jalan. Macam mana nak buat macam itu? Tolak dahulu 15 rep, kemudian rehat 30 saat tanpa meletakkan bebanan, sambung lagi 6 rep, rehat 30 saat dan habiskan lagi 4 rep. Maka anda baru habis 25 rep leg press menggunakan bebanan yang anda hanya boleh 15 rep!

 

Minum Hydro Whey untuk membantu proses pemulihan otot selepas leg day yang hardcore! Semuanya boleh didapati di Mesotropin.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)