Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Lelaki Yang Tak Buat Latihan Kaki

Antara latihan yang tak disukai ramai individu di luar sana, iaitu latihan kaki. Ini telah menjadi bahan bualan dan juga bahan jenaka banyak pihak lebih-lebih lagi daripada mereka yang tidak berkait pun dengan dunia fitness.

 

Orang di luar sana sering kali mengaitkan abang sado di gym tidak begitu kuat kerana hanya mengangkat besi, walhal orang kampung lebih gagah kerana hari-hari mengangkat sawit. Ada juga yang memerli abang sado gym dengan berkata kaki mereka seperti “kaki ayam”.

 

Melainkan anda memang ada masalah yang menghalang anda daripada berlatih kaki, anda kena lakukan latihan bahagian tersebut biarpun pahit hakikatnya untuk ditelan. Kenapa anda kena berlatih kaki? Sebab ia juga merupakan otot dalam badan dan latihan kaki mendorong kepada kenaikan otot seluruh badan.

 

Senaman latihan kaki yang utama adalah senaman squat. Ia bukan sekadar melatih otot quadriceps sahaja (dan juga kumpulan otot kaki yang lain seperti hamstring, adductors, dan lain-lain), malah ia melatih juga otot bahagian atas. Anda ingat mudah untuk kekal tegak semasa melakukan squat?

Image result for leg msucles"

Kenapa anda sering rasa sakit kaki apabila melakukan latihan squat? Mudah sahaja jawapannya, kerana anda tidak kerap melakukan latihan kaki! Seperti otot-otot lain juga, apabila kerap dilatih maka threshold kesakitan dia akan meningkat. Anda dah berlatih tangan setiap hari, lama-lama tak rasa perit, bukan? Begitu juga anda kena buat dengan kaki.

 

Tak mula sekarang, bila lagi nak mulakan latihan kaki? Jangan sampai orang ejek anda badan tak seimbang baru anda terhegeh-hegeh nak buat latihan kaki!

 

Apa rutin yang sesuai dilakukan untuk melatih bahagian kaki kita? Ada beberapa jenis senama utama yang (sepatutnya) tidak boleh ditinggalkan untuk bahagian ini iaitu squat dan deadlift. Ya, deadlift juga melatih bahagian kaki, bukan sekadar melatih bahagian belakang.

 

Senaman lain juga turut mendatangkan kebaikan untuk kaki seperti senaman lunges, leg press, dan senaman-senaman isolation seperti leg extension, leg curl, donkey kicks, dan lain-lain. Tetapi, squat tetap menjadi raja kepada senaman kaki.

Image result for squat"

Adakah squat wajib untuk membina badan? Bagi sesetengah orang, akan dikatakan ya. Bagi sesetengah yang lain, selagi mana anda melatih kaki dan mengenakan stimulasi yang mencukupi, maka otot kaki akan naik. Ia bergantung kepada sasaran anda sendiri. Adakah anda ingin memiliki kaki seperti jaguh bina badan, atau sedang-sedang sahaja?

 

Dari segi reps dan set pula, ia turut bergantung kepada matlamat anda. Sama seperti bahagian otot yang lain, tetapi mungkin kaki boleh dititikberatkan sedikit. Maksud saya, adakah anda ingin menjadi seorang powerlifter? Atau anda nak fokus kepada kenaikan otot sahaja? Ia berbeza di sini di mana skema latihan kekuatan menggunakan bebanan lebih berat pada kadar rep lebih rendah berbanding skema latihan bina otot.

 

Saya cadangkan anda buat 5-8 rep untuk mendapat kelebihan daripada kedua-dua skema latihan. Anda boleh jadi kuat, anda boleh bina otot. Yang penting, anda teruskan dengan latihan kaki dan bukan tinggalkannya terus. Kalau dah tinggal dan tiba-tiba nak buat latihan kaki, memanglah sakit yang teramat!