Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Lemak Akan Jadi Macam Air Lepas Latihan Litar Ini

Latihan litar adalah latihan yang dilakukan dengan menggabungkan pelbagai jenis senaman dilakukan secara berterusan. Ada juga yang memanggil latihan litar sebagai giant set.Tujuan latihan litar adalah untuk memastikan denyutan jantung anda sentiasa tinggi sekaligus memastikan intensiti latihan anda juga tinggi. Kunci kepada pembakaran lemak yang efisien adalah intensity yang tinggi. Sebab itu anda digalakkan untuk amalkan latihan litar.Kardio biasa juga boleh membakar lemak, tapi ini adalah lebih berkesan. Cuma, ia tidak bermakna anda tak perlu buat cardio biasa langsung. Ada perbezaan antara kardio biasa dengan latihan litar.Kalau anda buat cardio biasa, anda akan banyak menggunakan oksigen dan anda boleh bakar banyak kalori semasa senaman. Latihan litar menggunakan tenaga daripada laluan anarobik. Anda berbakat tenaga yang ada dalam badan dahulu kerana anda tidak menggunakan oksigen. Pergerakan dalam latihan litar adalah pergerakan burst manakala pergerakan kardio biasa adalah prolonged movement.Mudah kata, anda akan bakar lebih banyak kalori dan lemak dengan latihan litar berbanding cardio biasa. Cuma kalau nak buat hari-hari mungkin badan akan mudah letih, cukup dengan buat tiga kali seminggu untuk latihan litar. Hari-hari lain boleh lakukan cardio biasa sahaja.Latihan LitarChin up8 rep – 4 setDumbbell push press10 rep – 4 setGoblet squat6 rep/sebelah – 4 setCara buatnya adalah dengan menghabiskan 1 set setiap senaman secara berterusan. Rehat 30-60 saat sebelum memulakan semula sampai habis 4 set. Contoh;Chin up (8 rep) > DB push press (10 rep) > Goblet squat (6 rep/sebelah)Contoh di atas mewakili 1 set. Ulang sebanyak 4 kali keseluruhan tanpa rehat antara senaman. Tetapi, antara set anda boleh rehat kurang 1 minit.