Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Lemak Di Dada Tampak Kurangkan Maskulin Anda ! Jom Belajar Cara Singkirkannya

Bagi seorang lelaki selain rambut, susuk tubuh juga banyak memainkan peranan yang penting untuk nampak keas tetapi bergaya. Perut buncit itu mungkin biasa bagi lelaki kerana susahnya nak menjaga makan, namun jika terdapat lemak di bahagian dada sehingga menampakkan seolah dada wanita, itu sangatlah kurang bagus dan anda perlu hindari. Mesotropin akan membantu anda mengurangkan lemak dada ini melalui 3 cara:

1.Turunkan Overall Body Fat anda

Jika anda masih percaya dengan sesuatu senaman khusus dapat membantu menguragkan lemak di tempat iut, anda salah. Anda tidak akan berjaya menurutkan jika anda hanya memfokus bahagian perut sahaja atau peha sahaja. Ini kerana proses lemak itu dibuang apabila anda membakar keseluruhan lemak badan. Caranya adalah dengan dengan menjaga kalori harian dengan menolak 500 kCal daripada kalori harian anda. Namun perlu diingat walaupun kalori anda kurang, tetapi makanan yang anda ambil itu makanan yang proses, maka ia sama sahaja kerana makanan proses adalah penghalang kepada turunnya berat. Jadi ambillah makanan penuh yang hanya mempunyai 1 sahaj ramuannya seperti, ikan, ayam, sayur, daging, kacang dan lain-lain.

 

2. Mula Latih Dengan Bebanan Yang Berat

Weight Training adalah jenis senaman paling sesuai jika anda mahu buang lemak pada mana-mana bahagian kerana otot anda akan menyerap segala nutrien penting ke dalam otot yang akan membuat pembakaran lemak mudah berlaku.  Jadi lakukan senaman pemberat untuk dada anda seperti bench press, dumbbell press, chest fly atau dips(dengan bantuan mesin). Dengan bantuan senaman-senaman ini anda bukan sahaja akan membuang lemak, malah anda akan mendapat shape dan otot yang menarik.

 

3. Baiki postur

Membaiki postur bukanlah cara anda boleh hilangkan lemak tetapi ia membantu anda untuk tidak menjatuhkan bahagian dada anda dan akhirnya ia kelihatan buruk dan berlebihan. Lebih-lebih lagi postur ketika duduk. ramai yang sedikit membongkok ketika duduk menebabkan dada anda lama kelamaan kurang mendapat regaangan maka ia akan jatuh dan layut kebawah. Jadi jika anda telah duduk lama, lakukan stretching untuk dada anda. Contohnya pergi ke pintu dan pegang kedua-dua sisi laluan pintu, dan gerakkan badan anda ke hadapan. Selain itu, jika terdapat bar, gayut selama beberapa saat sebagai regangan. Amalkan perkara ini atau anda akan dapat bentuk dada yang buruk.

Entri: Fakhrul Islam