Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Loya-loya Waktu Workout? Mari Baca Puncanya

Senaman dan workout memang tidak dinafikan kebaikan dan kesannya. Namun ada peraturan atau garis panduan yang anda perlu berhati-hati. Ini penting untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Kali ni Mesotropin akan menyentuh berkaitan loya atau rasa nak muntah semasa workout. Bagi yang pernah mengalami perkara ini apa yang anda lakukan? bagaimana anda mengawal situasi ini.

Mari baca dahulu.

1. Mula atau berhenti dengan tiba-tiba

salah satu punca mengapa anda berasa loya adalah kerana anda memulakan senaman anda atau menghabiskannya dengan mengejut. Sepatutnya anda perlu warm up atau cool down diri anda sebelum dan selepas senaman untuk meregangkan otot dan memudahkan kadar denyutan jantung anda masuk dan keluar dari otot sasaran untuk mengelakkan kecederaan. Dan penting untuk memulakan senaman dengan kadar perlahan dahulu bukannya terus megambil 30 kg dumbell dan terus workout.

2.Makan atau Minum sebelum workout

Selain itu loya ini juga berlaku semasa senaman kerana darah yang mengalir ke saluran GI dan perut kita dialihkan semula ke otot yang bekerja, sehingga memperlambat pencernaan dan menyebabkan ketidakselesaan.

Menghindari makan sebelum bekerja adalah sesuatu yang orang ramai tahu. Tetapi makanan yang tinggi lemak dan protein boleh mengambil masa dua kali lebih lama untuk dicerna daripada makanan dari sumber lain, seperti roti bakar atau pisang. Ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk menyebabkan loya.

Anda tidak harus makan terlalu banyak sebelum melakukan senaman tanpa mengira makanan, melainkan makanan itu merupakan makanan yang mudah dicerna. Makanan yang terbaik sebelum workout adalah makanan yang kurang fibre. Contohnya seperti protein shake, ayam segar, ikan, kentang yang dikuas, pisang dan roti putih.

selain itu, minum dengan terlampau banyak juga boleh mendatangkan kesan mual semasa bersenam.

3. Jenis Workout

Latihan yang memerlukan keaktifan badan, seperti berlari, lebih cenderung menyebabkan mual.

Apa-apa yang masih dalam perut anda yang dicerna semasa anda bersenam akan terganggu (dan lebih lagi apabila intensiti senaman bertambah).

Anda juga boleh mempertimbangkan menukar latihan semasa anda untuk sesuatu yang mengurangkan pergerakan. Sebagai contoh, menggantikan berlari dengan basikal di gym itu atau Zumba. Sama juga seperti latihan berat. Jangan kerap melakukan senaman HIIT kerana ia memerlukan lebih tenaga dan lebih aktif dengan kurang rehat. Lakukan seminggu sekali sahaja.

Entri: Fakhrul Islam