Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Makanan Pembakar Kalori

Anda seorang yang pentingkan kalori? Anda seorang yang tidak langsung menjaga kalori? Baca fakta ini.

Kalori seperti yang diketahui adalah suatu sumber tenaga yang diperlukan dalam badan bagi menjalani aktiviti seharian. Bagi orang yang sedang dalam proses membina otot mereka akan mengambil kalori dengan banyak supaya lebihan bebanan lebih berat dapat diangkat dan membina otot yang lebih besar. Namun bagi individu yang sedang dalam proses diet kalori adalah sumber yang perlu dikurangkan dan dibakar supaya masalah berat badan akan dapat diatasi.

Masalah ini menjadi susah kepada individu yang sedang berdiet kerana makanan di Malaysia seperti yang diketahui sangat sukar untuk ditolak kerana semuanya sangat menyelerakan dan menepati citarasa. Namun artikel kali ini akan memberikan anda jalan membakar kalori dengan mudah hanya melalui makanan yang diambil. Antara makanan yang membakar kalori dalam badan anda adalah:

1. Cili

Seperti yang kita tahu rasa cili yang pedas membuatkan tidak semua individu yang menyukainya. Namun, ternyata pada cili ada kebaikan yang ramai tidak tahu. Cili mengandungi satu komponen yang dinamakan capsaicin di mana komponen ini dikatakan membantu dalam meningkat penggunaan tenaga ibarat kita sedang berkerja kuat sedangkan hanya mengunyah sahaja. Ia juga membantu dalam mengoksidakan lemak badan. Semasa proses itulah pembakaran kalori dijalankan. Menarik bukan?

2. Kopi

Ramai yang mengatakan kopi tidak bagus kerana mengandungi kafein yang tinggi. Namun kafein juga sebenarnya memberi manfaat pada badan. Kafein adalah komponen yang mampu merangsang tenaga anda dan kadar degupan jantung. Kesan daripada itu kalori dalam badan dapat dibakar secara tidak langsung. Namun perlu diingat kerap meminum kopi juga tidak bagus untuk badan. Cukuplah sekali pada waktu pagi.

3. Yogurt kosong

Anda patut letakkan yogurt ini di setiap menu anda ataupun cukup dengan menyajikannya ketika sarapan. Kita tahu yogurt dalam pembuatan yogurt ia melalui proses penapaian. Proses ini mampu mengubah dan menempatkan bakteria baik di dalam usus. Jadi bakteria baik yang ada di dalam yogurt mengisi usus kita. Dengan cara ini, obesiti atau masalah overweight dapap dikurangkan risikonya. Namun anda perlu memilih yogurt kosong bukannya berperisa kerana ia ditambah gula dan pewarna. Jadi pilih yogurt yang mempunyai kultur seperti yakult dan sebagainya.

Entri Oleh: Fakhrul Islam