Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Masih Menghayun Ketika Pull Up? Stabilkan Dengan Cara Ini

Anda lihat sahaja keadaan anda ketika lakukan pull-up, adakah menghayun kaki atau menolak badan ke atas? Cara yang betul adalah dengan menolak badan ke atas tanpa menghayun badan dan kaki. Lihat juga senaman Leg Raises, yang juga disalahlakukan dengan cara menghayun. Salah ke menghayun dan bagaimana cara mengatasinya? Mari saya jawab dalam artikel kali ini.

Salah ke menghayun?

Menghayun ketika pull up bukanlah menjadi suatu kesalahan yang berat namun, anda akan mendapat kerugian kerana kekuatan dan ketahanan anda tidak akan dilatih. Pul up tanpa menghayun sebenarnya lebih membina kekuatan dalaman yang luar biasa di samping meningkatkan ketahanan badan anda. Jika anda menghayun, mungkin bicepsĀ  atau triceps anda sahaja yang berkerja namun bukan pada otot teras anda.

Bagaimana cara atasi?

Ada 2 cara mudah untuk menstabilkan keadaan ini:

1.Dua kaki unjur ke hadapan

Apa yang dimaksudkan di sini adalah keadaan kaki anda semasa pull up mestilah berada di depan melebihi badan anda, bukan menyilang aau membengkok ke belakang seperti yang biasa dilakukan ramai. Selain itu, bila kaki anda diunjur kehadapan sebenarnya lebih mengenakan abs anda dengna lebih tekanan.

 

2. Lock bahu dan lats anda

Ramai yang masih lagi memegang bar dengan tangan yang lurus sambil membiarkan bahu dan lats anda dalam keadaan ke bawah. Seharusnya, anda kena lock bahagian bahu dan lats anda supaya bahagian atas lebih mencengkam. Dengan cara ini risiko anda untuk menghayun kaki adalah tipis. Badan anda akan lebih stabil dari biasa.

Entri Oleh: Fakhrul Islam