Online Shop

Mengapa Seni Mempertahankan Diri Taekwondo Amat Sesuai Kepada Kanak-Kanak Dan Keluarga

Hormat, kepercayaan dan komunikasi secara terbuka adalah asas kekeluargaan yang kukuh. Latihan Taekwondo menggalakkan perkembangan nilai-nilai murni seperti kejujuran, hormat, kesetiaan, dan kerjasama dalam diri kanak-kanak.

Setiap komponen tersebut merupakan elemen terpenting dalam mengekalkan struktur kekeluargaan yang baik. Setiap pusat latihan Taekwondo akan memastikan setiap anak didiknya menerima didikan yang sempurna dan berkualiti bagi mencapai tujuannya iaitu ke arah kesihatan secara menyeluruh dan kesejahteraan setiap anak didiknya.

BAGAIMANA ANAK ANDA BOLEH MENDAPAT MANFAAT DARIPADA TAEKWONDO?

Taekwondo adalah aktiviti pembelajaran secara menyeluruh. Pelajaran ini direka khas untuk tahap umur dan kemahiran anak anda. Anak anda akan bermula dengan mengamalkan kedudukan asas dan pattern, memecahkan papan, menendang, menyekat, menarik, dan menumbuk.

Kemahiran asas meningkatkan koordinasi fizikal, fleksibiliti anak anda seperti keseimbangan, dan kepintaran mental. Taekwondo berfungsi dalam membangunkan dan mengembangkan kebolehan olahraga anak anda. Ia juga turut meningkatkan keyakinan diri serta keupayaan kanak-kanak dalam mempertahankan diri.

Taekwondo juga menekankan pembangunan moral kepada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar menghormati diri sendiri dan orang lain, tumpuan yang semakin meningkat, dan peningkatan disiplin diri serta kawal diri.

Disiplin diri yang membangun hasil daripada pembelajaran dan pengamalan teknik-teknik biasanya membawa lebih ke dalam bidang lain dalam kehidupan kanak-kanak. Gred sekolah sering bertambah baik apabila anak anda belajar untuk memberi tumpuan kepada objektif dan berusaha ke arah pencapaian.

Tahap disiplin yang telah diterapkan dalam Taekwondo mampu untuk membentuk kanak-kanak agar berjaya dari segi akademik dan jati diri. Sekaligus, mencegah daripada berlakunya aktiviti-aktiviti tidak sihat dari rakan sebaya anak-anak anda.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu menerapkan nilai-nilai murni seni pertahankan diri kepada kanak-kanak agar menjadi generasi yang berguna dan bijaksana.