Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Mesotropin Kini Sah Penaja Utama Mr. ACT Mesotropin Open Asia 2018.Ini Yang Berlaku Pada 31 Januari Lepas

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mesotropin Sdn Bhd & Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia telah diadakan pada 31 Januari 2018 secara tertutup bertempat di Mesotropin Fitness Store Sungai Besi, Bandar Lakefields Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Mesotropin Sdn Bhd, En. Abd Hafiz B. Abd Wasa dan juga Presiden & Pengasas Pertubuhan Kebajikan A.C.T Malaysia, Tuan Fazil Mohamad Dali atau lebih dikenali sebagai Cik Ton, didalam usaha memartabatkan sukan bina badan di peringkat antarabangsa melalui penganjuran kejohanan bina badan MR. ACT MESOTROPIN OPEN ASIA 2018 yang bakal diadakan pada 27 & 28  Oktober 2018 ini.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman ini adalah En. Lutfi Syahmi (COO Mesotropin), En. Hazwan Jasman (CMO Mesotropin), Dr. Say Shazril (Duta Mesotropin), En. Aji Radzi (Pegawai Kanan Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia) & barisan staff Mesotropin Sdn Bhd.

Diharap dengan penganjuran MR. ACT MESOTROPIN OPEN ASIA 2018 ini dapat meningkatkan imej sukan bina badan Malaysia dengan penglibatan negara-negara Asia dalam kejohanan yang berprestij ini.

Selamat maju jaya di ucapkan buat Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia dan juga Mesotropin dalam penganjuran MR. ACT MESOTROPIN OPEN ASIA 2018.

Jumpa anda disana!