Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Minum Protein Sebelum Atau Selepas Workout

Bagi atlet bina badan, protein adalah sangat bermakna bagi mereka. Sudah pasti mereka tidak mahu mensia-siakan setiap scoop protein yang mereka gunakan. Kalau boleh, mereka mahu setiap scoop protein terus masuk ke dalam otot untuk membesarkan badan mereka. Oleh itu, adakah protein sesuai diminum sebelum atau pun selepas workout?

 

Ada banyak kajian yang mengkaji tentang perihal ini. Apa yang Admin boleh bagitahu ialah, selagi mana anda mengambil protein, selagi iu ia bermanfaat untuk badan. Cuma, yang mana lebih berkesan?

 

Pengambilan protein biasanya adalah pada waktu selepas workout. Tak ramai ambil sebelum workout, dan ini difahami kerana selepas workout, badan kita dahagakan glikogen. Sekali dengan pengambilan glikogen, protein akan diserap dengan lebih baik.

 

Bagaimana pula dengan pengambilan protein sebelum workout? Satunya, ia akan dijadikan sebagai tenaga untuk latihan. Kemudian, ia juga merangsang kenaikan sintesis protein selepas latihan. Bagi yang tidak tahu, kenaikan sintesis protein adalah kunci kepada kenaikan otot.

 

Kajian mendapati, apabila anda ambil protein sebelum workout, anda lebih cenderung untuk bina lebih banyak otot berbanding meminum protein selepas workout sahaja. Oleh itu, anda boleh ambil kedua-dua masa. Tetapi, bukan semua orang boleh tahan perut untuk minum protein sebelum workout. Kalau begini, macam mana?

 

Mudah sahaja, ambil BCAA sebelum dan semasa workout. BCAA adalah komponen protein yang amat penting untuk bina otot. Ia terdiri daripada leucine, isoleucine, dan valine. Paling cantik ialah mencari BCAA yang tinggi leucine.

 

Mana nak cari BCAA macam itu? Gunalah BCAA daripada jenama Mesotropin! Ia adalah jenama terbaik di Malaysia sekarang.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)