Online Shop
Free Shipping to Peninsular Malaysia Shipping Worldwide Need Help? +6013-9921806 (WhatsApp & Call)

Mudah Sahaja Bina Otot. Kurangkan Rehat Antara Set!

Tahukah anda, masa rehat antara set sangat mempengaruhi kesan bina otot anda. Ia mempengaruhi intensiti senaman. Bodybuilder rata-rata mempunyai masa rehat antara set yang singkat kerana ingin kekalkan tension dalam otot. Rehat terlalu lama, hilang rasa pump.

Berapa lama berehat antara set bergantung pada kondisi badan dan juga senaman anda buat. Bagi yang melatih tahap kekuatan, rehat mereka akan jadi lebih panjang. Tapi itulah, anda nak fokus latihan bina otot. Jadi, anda perlukan rehat yang singkat. Bodybuilder biasanya rehat dalam 1-2 minit, jika tidak, lebih singkat lagi.

Ada sesetengah orang menyatakan yang masa rehat ini memberikan kesan kepada respon anabolik dan juga rembesan hormon, tetapi sejauh mana kesan ini berlangsung dan adakah kesan akut begini berguna untuk kita. Cakap panjang tak guna, lihat otai-otai bina badan semua badam macam mana.

Mengurangkan masa rehat antara senaman bukan sahaja meningkatkan intensiti senaman, malah anda dapat tambah lagi isipadu latihan. Maksudnya, anda boleh buat lebih banyak senaman, lebih banyak rep dan set dalam jangka masa yang sama. Kalau tidak pun, mungkin anda nak cepat dan kekangan masa, kurangkan rest dapat berikan stimulasi bagus dalam masa pendek.

Contoh lain mengurangkan masa rehat antara set (mungkin anda buat tapi tak sedar) adalah seperti superset, dropset, giant set, triset, dan lain-lain. Ia juga sebahagian daripada teknik untuk meningkatkan intensiti latihan. Ingat, misi bina badan adalah untuk mendapatkan hypertrophy maksimum melalui tekanan metabolik.

Anda boleh cabar diri untuk kurangkan masa rehat dari semasa ke semasa. Maksudnya, kalau hari ini anda rest antara set selama 90 saat, minggu hadapan jadikan 80 saat, kemudian 70 saat. Gunakan jam randik dalam telefon pintar anda untuk dapatkan masa rehat tepat.

Apabila anda dah lebih berpengalaman, masa rehat anda sebenarnya bergantung pada diri anda sendiri. Anda akan jadi pandai untuk mengagak berapa lama anda kena rehat dan boleh rehat antara set. Ini diapnggil bertindak mengikut biofeedback. Apa badan anda kata, anda akan bertindak mengikutnya.

Entri: Aiman Radzi